Draf Rancangan Kawasan Khas Gugusan Pulau Tioman, Pahang 2030

APA ITU RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)?

Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu bentuk rancangan pemajuan yang disediakan bagi suatu kawasan yang dipilih secara khusus bertujuan menentukan tindakan pelaksanaan pembangunan dan pengurusan sesuatu kawasan tersebut. Hasil utama RKK adalah Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali.

PERUNTUKAN AKTA 172
Subseksyen 16B(1), Akta 172
Jika pada bila-bila masa semasa penyediaan atau apabila mula berkuatkuasanya sesuatu rancangan struktur atau rancangan tempatan, Pengarah Negeri atau PBPT atas daya usahanya sendiri atau sebagaimana yang di arahkan oleh jawatankuasa boleh mengemukakan kepada jawatankuasa cadangan bagi penetapan suatu kawasan khas bagi perolahkan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan atau sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain, bagi keseluruhan atau sebahagian kawasan itu dan jenis pengolahan yang dicadangkan.

Subseksyen 16B(2), Akta 172
Jawatankuasa Hendaklah menentukan sama ada Pengarah Negeri atau PBPT yang bertanggungjawab menyediakan suatu rancangan bagi kawasan khas itu.

Subseksyen 16B(3), Akta 172
Rancangan bagi sesuatu kawasan khas hendaklah disediakan dengan cara yang sama sebagaimana penyediaan rancangan tempatan, tetapi hendaklah dimasukkan ke dalam rancangan itu panduan yang terperinci bagi pelaksanaan dan pengurusannya dan rancangan itu hendaklah mempunyai kuat kuasanya seperti rancangan tempatan.

KEPERLUAN RKK GUGUSAN PULAU TIOMAN 2030
1. Kawasan Peranginan Bertaraf Antarabangsa
2. Keperluan Kawalan Perancangan Yang Komprehensif
3. Kepentingan Pengekalan Flora dan Fauna

 
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-
 
BIL PERKARA DOKUMEN
1. Risalah Muat-Turun
2. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
3. Banner Muat-Turun
4. Backdrop Muat-Turun
5. Notis Akhbar (BM&BI) Muat-Turun
6. Borang Bantahan Muat-Turun
7. Banting Muat-Turun
8. Draf RKK Tioman 2030 Muat-Turun

Kemaskini pada 2022-12-21 12:53:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page