Pejabat Projek Zon Tengah di bawah Unit Rancangan Pembangunan 1 sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Pangkor. Sehubungan itu, Program Publisiti Awal adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan awal pihak yang berkepentingan. Program Publisiti Awal akan dijalankan pada 29 Ogos 2022. Orang ramai boleh mengemukakan sebarang maklum balas/cadangan/pandangan melalui Borang Maklum Balas dan Cadangan dengan mengimbas kod QR bermula 29 Ogos 2022 sehingga 5 September 2022. Segala maklum balas akan diambil kira sebagai input dalam penyediaan Terma Rujukan bagi Kajian RKK ini. |
||||||||||||||||||
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- | ||||||||||||||||||
|
Kemaskini pada 2022-12-21 15:50:11 daripada Administrator