Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2035 (Penggantian) disediakan untuk menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2020 yang telah diwartakan pada 8 Disember 2011 (No. Warta 2364) dan telah tamat tempoh perancangan pada 2020. Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2035 (Penggantian) ini merangkumi: Jilid I : Strategi Pembangunan Jilid II : Kawalan Perancangan Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 30 hari bermula pada 11 November 2021 sehingga 10 Disember 2021 yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Kuala Kangsar yang terkandung dalam dokumen RT. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum atau pada 10 Disember 2021. |
|||||||||||||||||||||||||||
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- | |||||||||||||||||||||||||||
|
Kemaskini pada 2022-12-21 15:40:27 daripada Administrator