RT Daerah Muallim dan Sebahagian Daerah Batang Padang 2035 ini penting bagi memenuhi beberapa keperluan yang meliputi beberapa konteks seperti perundangan, kawalan pembangunan, keperluan setempat, dan impak pembangunan katalis.
Perundangan
Penyediaan RT ini selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 di bawah Seksyen 12 hingga 16. Kandungan RT termasuk memajukan dan menggunakan tanah, melindungi dan memperelok alam sekitar, memelihara topografi semula jadi, ciri dan rupa bangunan, memperelok landskap dan memperbaiki sistem lalu lintas dan
infrastruktur.
Migrasi Penduduk
Pembangunan baharu seperti Bandar Mesra Belia dan kawasan tumpuan seperti Proton City serta Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mempengaruhi migrasi penduduk dan pada masa yang sama memberi impak terhadap perancangan fizikal di Kawasan Rancangan Tempatan.
Aspirasi Daerah
Pembangunan di dalam Kawasan Rancangan Tempatan hendaklah selaras dengan aspirasi-aspirasi yang telah dicadangkan seperti pembangunan Bandar Mesra Belia, pusat automotif, pusat tumpuan pelancongan Gerbang Pintu Masuk World of Wonders Perak dan aspirasi Wilayah Perak Selatan bagi menjadikan Kawasan RT ini sebagai hub teknologi Kenderaan Autonomi (CAV) Asia Tenggara.
Penggantian RT Sedia Ada
RT Batang Padang 2020 yang dijadikan rujukan utama dalam perancangan dan pembangunan tanah Daerah Batang Padang hanya meliputi unjuran penggunaan tanah sehingga tahun 2020, maka wujudnya keperluan penyediaan RT ini dalam memacu pembangunan dan ekonomi tempatan sehingga tahun 2035. Perancangan dan pembangunan Daerah Muallim sebagai Bandar Mesra Belia serta Bandar Automotif perlu mengambil kira limpahan pembangunan serta pengaruh perubahan guna tanah di sebahagian Mukim Bidor dan Sungkai dalam menjayakan visi Gerbang Selatan Perak yang Mampan dan Mesra Belia.
Penentuan sempadan Kawasan Rancangan Tempatan ini adalah terdiri daripada Mukim Hulu Bernam Timur, Hulu Bernam Barat, Mukim Slim, sebahagian Mukim Sungkai dan sebahagian Mukim Bidor. Penentuan sempadan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Bil. 3/ 2016.
|
|
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- |
|
|
Kemaskini pada 2022-12-21 15:29:42 daripada Administrator