Kawasan RT meliputi keseluruhan Daerah Kuala Kangsar dengan keluasan 256,360.64 hektar. Ia merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Perak selepas Derah Hulu Perak dan Batang Padang. Kawasan RT terletak 48 km ke utara dari Bandaraya Ipoh dan boleh dihubung secara terus melalui Lebuhraya Utara Selatan, Jalan Persekutuan 1 dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kawasan RT terletak di bahagian tengah Negeri Perak dan bersempadan dengan Daerah Hulu Perak (bahagian utara), Kinta (bahagian selatan), Larut Matang dan Selama (bahagian barat) dan Negeri Kelantan (bahagian timur). Terdapat 9 mukim di dalam kawasan RT dan dibahagikan kepada 5 blok perancangan (BP) (Jadual 1.1). Bagi memperincikan cadangan gunatanah dan pembangunan sehingga tahun 2020, 18 blok perancangan kecil (BPK) turut disediakan. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- | |||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kemaskini pada 2022-12-21 14:57:32 daripada Administrator