Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi



Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bukit Besi, Dungun merupakan sebuah pelan panduan pembangunan yang disediakan khusus bagi memudahkan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dalam membangun dan menguruskan pembangunan di Bukit Besi sehingga tahun 2025. Kandungan utama RKK ini adalah cadangan zon guna tanah masa hadapan, cadangan projek dan program serta perincian kaedah pelaksanaan mengikut fasa.

Keperluan Penyediaan RKK Bukit Besi

  • Berdasarkan hierarki petempatan Rancangan Tempatan Daerah Dungun (RTDD) 2015. Bukit Besi merupakan Pusat Penempatan Utama bersama Paka dan Al-Muktafi Billah Shah. Namun, perkembangan pembangunan di Bukit Besi adalah sangat perlahan dan sehingga kini, perancangan yang telah dilaksanakan hanyalah UiTM (Fasa 1). Cadangan projek-projek utama sangat penting bagi melonjakkan tahap pembangunan kawasan RKK.
  • Penubuhan UiTM memberi impak besar dari segi ekonomi dan lain-lain pembangunan fizikal / infrastruktur di Bukit Besi. Ini merupakan pemangkin kepada pertumbuhan kawasan secara menyeluruh agar dapat menarik lebih ramai penduduk dan peluang pekerjaan di kawasan RKK.
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 sepanjang 185 kilometer mempunyai satu persimpangan keluar masuk (interchange) berhampiran Bukit Besi yang memberi kesan positif kepada pembangunan fizikal dan sosioekonomi penduduk khususnya bagi kawasan Bukit Besi dan Wilayah Ketengah amnya.
  • Terdapat ciri-ciri tinggalan sejarah perlombongan zaman penjajah di Bukit Besi yang berpotensi dibangunkan sebagai pelancongan warisan.
  • Kedudukan Bukit Besi dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menjadi pemangkin kepada pembangunan berasaskan industri hiliran, pendidikan dan pelancongan sejarah. Ini diperkukuhkan dengan program-program pembangunan yang distingtif dan dinamik menerusi pelaksanaan projek pemangkin berimpak tinggi bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi Bukit Besi.
  • Aktiviti perlombongan di Bukit Besi perlu dikawal agar produk warisan dan kualiti persekitaran tidak terjejas.
 
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-
 
BIL PERKARA DOKUMEN
1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
2. Banner Muat-Turun
3. Bunting Muat-Turun
4. Borang Bantahan Muat-Turun
5. Notis Akhbar Muat-Turun


Kemaskini pada 2022-12-21 16:37:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page