Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

AKRAB PLANMalaysia

     
  PROGRAM RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)  
     
 
PENGENALAN
 
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pegawai yang dilantik bagi menjalankan peranan yang digariskan dalam program pengupayaan kendiri, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia di bawah program pembimbing rakan sekerja. Rakan sekerja merupakan individu yang boleh mempengaruhi produktiviti dan daya saing seseorang pekerja. Rakan yang baik akan memberi impak positif kepada perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku seseorang.

 

LATAR BELAKANG
 
Pada tahun 2005, rakan pembimbing ini telah dijenamakan sebagai AKRAM yang merupakan akronim kepada Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Mulia. Pada tahun 2008, AKRAM telah dijenamakan semula sebagai AKRAB, iaitu elemen Mulia telah digantikan dengan Bestari. AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membangunkan potensi yang ada pada diri masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan perhubungan bersifat humanistik. Kemantapan sesuatu kelompok seperti AKRAB banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran daripada ahli-ahlinya. Justeru itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharap mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen dan rasa sayang yang tinggi terhadap organisasi.

 

PERANAN AKRAB
 
  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik.
  • Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan.
  • Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.

 

FALSAFAH
 

Falsafah AKRAB ialah “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri daripada segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai kepada diri.

 
     
 

Untuk Direktori Akrab PLANMalaysia, klik Disini

 

Kemaskini pada 2023-11-10 08:56:19 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page