Penyediaan Pelan Strategik PLANMalaysia 2021-2025 merupakan kesinambungan dan penambahbaikan kepada Pelan Strategik JPBD 2012-2020. Pelan strategik ini menggariskan arah tuju PLANMalaysia yang jelas dalam merealisasikan visinya iaitu ‘Peneraju Perancangan Bandar dan Desa ke Arah Kesejahteraan Rakyat dan Kemakmuran Negara Menjelang 2030’. Pelan strategik ini telah dirangka melalui beberapa siri mesyuarat, perbincangan dan bengkel yang telah diadakan pada tahun 2019 dan 2020. Output yang telah dihasilkan ini adalah gabungan input dan maklum balas daripada semua bahagian dan unit di PLANMalaysia Ibu Pejabat dan PLANMalaysia@Negeri. Pelan strategik ini menetapkan suatu anjakan peranan PLANMalaysia selaras dengan peranan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya seiring dengan polisi dan dasar kerajaan pada masa kini. PLANMalaysia juga berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih komprehensif, inovatif dan inklusif bagi memenuhi aspirasi semua pemegang taruh dan pelanggan yang sentiasa mahukan pembaharuan. Peranan dan tanggungjawab Jabatan telah diterjemah ke dalam satu bentuk perancangan yang strategik, berdaya laksana dan mampu memenuhi keperluan golongan sasaran yang ditetapkan melalui perancangan pelan strategik ini. Lima (5) Teras Strategik adalah seperti berikut: Untuk makluman lebih lanjut, klik Disini Pelan Strategik PLANMalaysia 2021 - 2025 |
Kemaskini pada 2022-12-28 15:46:49 daripada Administrator