Sistem Aduan Tatakelakuan & Rasuah PLANMalaysia (SATRA)


Medium penyaluran maklumat dan aduan berkaitan pelanggaran tatakelakuan dan rasuah di PLANMalaysia

Pengenalan SATRA

Pengenalan SATRA


Sistem Aduan Tatakelakuan dan Rasuah (SATRA) merupakan satu medium saluran aduan dalaman yang membolehkan warga PLANMalaysia mengemukakan aduan mengenai salah laku atau tatakelakuan atau aktiviti rasuah atau perkara-perkara berkaitan dengannya yang berlaku di PLANMalaysia.

Aduan tatakelakuan adalah merujuk kepada aduan terhadap sesuatu tindakan, tingkah laku atau apa-apa sahaja perbuatan yang tidak berintegriti, tidak mematuhi atau melanggar undang-undang, peraturan, pekeliling, tatacara, arahan pentadbiran atau apa-apa prosedur kerajaan sedia ada yang dilakukan oleh warga PLANMalaysia yang dikesan secara visual atau melalui lisan dengan disokong oleh bukti fizikal atau bukti-bukti lain yang menyokong aduan tersebut.

Aduan rasuah pula merujuk kepada aduan terhadap sesuatu tindakan, tingkah laku atau apa-apa sahaja perbuatan yang melibatkan meminta/menerima rasuah atau memberi suapan atau penyalahgunaan kuasa atau mengemukakan tuntutan palsu yang dikesan secara visual atau melalui lisan dengan disokong oleh bukti fizikal atau bukti-bukti lain yang menyokong aduan tersebut.

Sistem aduan ini merupakan saluran untuk kegunaan dalaman PLANMalaysia Ibu Pejabat sahaja. Aduan salah laku tatakelakuan dan rasuah ke atas pegawai yang bertugas di PLANMalaysia@Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan/Agensi Kerajaan lain hendaklah dikemukakan terus kepada agensi yang mengawal selia pegawai tersebut.

Maklumat Jenis Aduan

Jenis Aduan

>>>Sila klik pada salah satu jenis aduan untuk membuat aduan<<<


Aduan Tatakelakuan

Merujuk kepada aduan terhadap sesuatu tindakan, tingkah laku atau apa-apa sahaja perbuatan yang tidak berintegriti, tidak mematuhi atau melanggar undang-undang, peraturan, pekeliling, tatacara, arahan pentadbiran atau apa-apa prosedur kerajaan sedia ada yang dilakukan oleh warga PLANMalaysia yang dikesan secara visual atau melalui lisan dengan disokong oleh bukti fizikal atau bukti-bukti lain yang menyokong aduan tersebut


>>>Maklumat rujukan mengenai Aduan Tatakelakuan klik di sini <<<

Aduan Rasuah

Merujuk kepada aduan terhadap sesuatu tindakan, tingkah laku atau apa-apa sahaja perbuatan yang melibatkan meminta/menerima rasuah atau memberi suapan atau penyalahgunaan kuasa atau mengemukakan tuntutan palsu yang dikesan secara visual atau melalui lisan dengan disokong oleh bukti fizikal atau bukti-bukti lain yang menyokong aduan tersebut


>>>Maklumat rujukan mengenai Aduan Rasuah klik di sini <<<


Peringatan

Peringatan


PLANMalaysia boleh untuk tidak melayan sebarang aduan yang menggunakan bahasa kesat, penghinaan dan/atau lucah, PLANMalaysia juga tidak akan terlibat di dalam kes aduan yang melibatkan kes jenayah/mahkamah/badan penguatkuasa/ badan perundangan atau seumpanya serta mana-mana pertikaian antara individu/syarikat yang tiada kaitan dengan peranan/fungsi/tanggungjawab PLANMalaysia.

Akuan Pengesahan


Saya mengaku bahawa saya telah membaca dan memahami tafsiran jenis aduan dan prosedur pengurusan aduan oleh PLANMalaysia. Segala butiran dan perincian diri dan maklumat yang dikemukakan oleh saya adalah benar dan saya bertanggungjawab ke atasnya.

Saya juga faham bahawa PLANMalaysia tidak akan memproses sebarang aduan yang berbentuk masalah keluarga/peribadi, perkara berkenaan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan, dan perkara-perkara yang tidak tersenarai sebagai jenis aduan yang telah disenaraikan.

Saya juga faham aduan yang dikemukakan akan ditolak sekiranya butiran atau perincian yang diberikan adalah mustahil atau tidak mungkin dapat dinilai oleh PLANMalaysia.

Saya juga mengaku akan menerima keputusan yang diambil oleh PLANMalaysia terhadap aduan yang dikemukakan kerana keputusan tersebut adalah muktamad.

Borang Aduan

Borang Aduan

Maklumat Aduan
* Maklumat diperlukan

~~Penafian~~


PLANMalaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau keaiban yang dialami kerana menggunakan perkhidmatan ini. Semua aduan yang dikemukakan adalah berstatus sulit dan akan dikendalikan mengikut prosedur kawalan dokumen terperingkat.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Integriti PLANMalaysia.