Kesalahan Tatakelakuan Integriti
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 adalah antara peraturan yang terpakai bagi seseorang pegawai sepanjang tempoh perkhidmatannya selain daripada pekeliling, tatacara, arahan pentadbiran atau apa-apa prosedur kerajaan sedia ada.
Contoh Kesalahan Tatakelakuan:
- Pegawai membelakangkan tugas awamnya;
- Kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awamnya;
- Berkelakuan memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
- Cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya;
- Gangguan seksual;
- Melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran;
- Tidak menepati etiket pakaian;
- Kesalahan dadah;
- Penerimaan hadiah tanpa kebenaran;
- Membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar/kerajaan;
- Mengambil bahagian dalam politik;
- Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau kebenaran;
- Tidak jujur atau tidak amanah;
- Tidak bertanggungjawab;
- Membawa pengaruh luar/dalaman untuk tuntutan perkhidmatan awam;
- Keluar negara tanpa kelulusan Ketua Jabatan.
- Mengetik kad bagi pihak orang lain.
Kesalahan Rasuah
Rasuah merupakan penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), terdapat empat (4) kesalahan utama rasuah:
- Meminta / menerima rasuah;
- Memberi suapan;
- Mengemukakan tuntutan palsu;
- Salah guna kuasa.
Contoh Kesalahan Rasuah:
- Memberi kontrak kepada ahli keluarga, saudara atau kenalan;
- Memberi kontrak, lesen dan permit tanpa mengikut peraturan;
- Kakitangan menerima rasuah bagi memastikan kelancaran urusan;
- Menerima rasuah untuk pemberian tender / mempercepatkan bayaran;
- Memohon sumbangan luar untuk aktiviti dalaman;
- Meminta habuan atau komisen daripada kontraktor;
- Membocorkan maklumat rahsia;
- Proses perolehan tidak mengikut peraturan;
- Menerima tiket kapal terbang bernilai tinggi daripada kontraktor;
- Memberi rasuah kepada pegawai awam untuk elak tindakan;
- Tuntutan bayaran penuh walaupun barang tidak cukup/spesifikasi;
- Menuntut bayaran bagi barang yang belum dihantar;
- Mengemukakan tuntutan perjalanan/elaun kerja lebih masa palsu;
- Mengemukakan sijil cuti sakit palsu; dan lain-lain lagi.