Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Linggi ini bertitik tolak dari pengumuman Mantan YAB Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa Majlis Perasmian RTC Kuala Linggi oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 10 November 2012 yang lalu. Keperluan penyediaan RKK Kuala Linggi ini dilihat sebagai tindakbalas Kerajaan Negeri kepada usaha-usaha untuk membangunkan kawasan luar Bandar menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP), salah satu program dibawah Dasar Transformasi Negara (GTP) dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah Negara Maju berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2020. Konsep Pembangunan RKK Kuala Linggi Konsep pembangunan yang dicadangkan adalah menjurus kepada pencapaian matlamat kajian iaitu “Menyediakan Pelan Pembangunan Komprehensif Bagi Kuala Linggi untuk Dibangunkan sebagai Pusat Pertumbuhan bagi menyokong peranannya Sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)”. Matlamat RKK Kuala Linggi Menyediakan Pelan Pembangunan Komprehensif bagi Kuala Linggi untuk dibangunkan sebagai Pusat Pertumbuhan bagi menyokong perananya sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar. Objektif
|
|||||||||||||||||||||||||||
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- | |||||||||||||||||||||||||||
|
Kemaskini pada 2022-12-21 16:22:40 daripada Administrator