PROGRAM PUBLISITI AWAL
KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)
PEMBAHARUAN SEMULA KAWASAN PERINDUSTRIAN GURUN, KEDAH
Pejabat Projek Zon Utara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sedang menyediakan Draf Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembaharuan Semula Kawasan Perindustrian Gurun, Kedah. Kajian ini disediakan dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK).
Program Publisiti Awal ini diadakan selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] sebagai satu langkah untuk memaklumkan mengenai penyediaan RKK ini dengan memberi peluang kepada orang ramai dan pihak yang berkepentingan mengambil maklum dan mengemukakan kepada pihak MPSPK berkenaan isu, potensi, halangan dan aspirasi terhadap pembangunan di kawasan RKK.
Tempoh pelaksanaan Program Publisiti Awal bermula pada 7 Oktober 2024 sehingga 31 Oktober 2024. Sehubungan itu, Jabatan mengalu-alukan penyertaan daripada Tuan/Puan dalam proses perancangan dengan mengemukakan pandangan dan maklum balas melalui Borang Soal Selidik dengan mengimbas QR Kod yang disertakan.
Segala maklumat yang dinyatakan dalam soal selidik ini hanyalah untuk kegunaan kajian ini sahaja.
Tuan/Puan boleh memuat turun dokumen rujukan dan borang soal selidik melalui pautan berikut:
BIL |
PERKARA |
DOKUMEN |
|
Risalah |
|
|
Poster |
|
|
Streamer |
|
|
Banner |
|
|
Video Pendek |
|
|
Borang Soal Selidik |
Kemaskini pada 2024-10-02 14:54:58 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl