PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KULAI 2035
Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 12 hingga 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Menurut peruntukan di bawah subseksyen 16(1) Akta 172, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan pada bila-bila masa boleh membuat cadangan pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu Rancangan Tempatan.
Draf Rancangan Tempatan Kulai 2035 ini disediakan oleh Majlis Perbandaran Kulai dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Johor (PLANMalaysia Johor) melalui perunding yang dilantik iaitu FAZ Planning and Development Sdn. Bhd.bertujuan bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru & Kulai 2025 (Penggantian) yang akan tamat tempoh perancangan pada tahun 2025.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Kulai 2035 ini akan berlansung selama satu (1) bulan bermula 3 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum Draf RT Kulai ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Berukut merupakan Lokasi pameran dan meriksaan laporan :
Tarikh : 3 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025
Hari dan Masa : Ahad – Rabu (8.00 pagi – 4.30 petang)
Khamis (8.00 pagi – 3.30 petang)
Lokasi Pemeriksaan : - Pejabat Majlis Perbadaran Kulai
- Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Johor (PLANMalaysia Johor)
- Pejabat Tanah dan Daerah Kulai
- Aras Bawah, IOI Mall, Kulai
Sekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Tempatan Kulai 2035, anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas yang disediakan dan mengembalikan semula kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.
BIL |
PERKARA |
DOKUMEN |
1. |
Draf RT Daerah Kulai 2035_Jilid 1 |
|
2. |
Draf RT Daerah Kulai 2035_Jilid 2 |
|
3. |
Ringkasan Eksekutif Draf RT Daerah Kulai 2035 (Dwi Bahasa) |
|
4. |
Panel Pameran |
|
5. |
Banner - Perasmian |
|
6. |
Banner |
|
7. |
Bunting - Perasmian |
|
8. |
Bunting |
|
9. |
Pamphlet |
|
10. |
Notis Akhbar BM |
|
11. |
Notis Akhbar BI |
|
12. |
Borang Bantahan Awam |
Kemaskini pada 2024-11-29 09:36:00 daripada Sarini Hazlin binti Abdul Rahman