Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Penggantian) disediakan untuk menggantikan Rancangan Tempatan Ipoh 2020 yang telah diwartakan pada 5 Julai 2012 (No. Warta 1257) dan telah tamat tempoh perancangan pada 2020. Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Penggantian) ini merangkumi: Jilid I : Pernyataan Bertulis dan Strategi Pembangunan Jilid II : Peta Cadangan dan Garis Panduan Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 30 hari bermula pada 15 November 2021 sehingga 13 Disember 2021 yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Bandaraya Ipoh yang terkandung dalam dokumen RT. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum atau pada 13 Disember 2021. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kemaskini pada 2022-12-20 09:44:52 daripada Administrator