Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) ini merupakan sebuah dokumen yang disediakan bagi menggantikan rancangan pemajuan terdahulu iaitu Rancangan Tempatan Daerah Raub 2003-2015 (Rancangan Tempatan Daerah Raub 2015) yang telah diwartakan pada 6 Disember 2007 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 1321 dan telah tamat tempoh perancangannya. Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) ini merangkumi : Jilid I : Pernyataan Bertulis dan Strategi Pembangunan Jilid II : Peta Cadangan Guna Tanah dan Kawalan Pembangunan Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan Projek Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang diadakan selama 30 hari bermula pada 22 September – 21 Oktober 2021 ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Raub sepertimana yang terkandung di dalam dokumen Draf RT. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan dan mengemukakan maklumbalas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 21 Oktober 2021. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kemaskini pada 2022-12-21 13:05:00 daripada Administrator