Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 12, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Menurut peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan telah dinyatakan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam subseksyen 16(1) dan subseksyen 16(2). RT Daerah Pekan 2035 (Penggantian) disediakan untuk menggantikan RT Daerah Pekan 2015 yang telah tamat tempoh perancangannya. Matlamat Pembangunan RTD Pekan 2035 (Penggantian) ialah ‘MEMBANGUNKAN DAERAH PEKAN SEBAGAI DAERAH MAMPAN DAN BANDAR DIRAJA YANG MAJU’ Dan tagline pembangunan ialah ‘DAERAH PEKAN MAJU, INDAH, MEGAH DAN MAKMUR’. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kemaskini pada 2022-12-21 13:01:38 daripada Administrator