PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
LAPORAN TINJAUAN KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERLIS 2040 (KAJIAN SEMULA)
Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) disediakan bagi menggantikan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 yang telah disediakan pada tahun 2010 dan diwartakan pada 6 Disember 2012 (Warta Kerajaan Jilid 55 No.25 Tambahan No.1).
Penyediaan dokumen RSN ini akan melibatkan 4 peringkat penyediaan laporan utama iaitu Laporan Awal, Laporan Teknikal, Laporan Tinjauan dan Draf Rancangan Struktur.
Laporan Tinjauan merupakan laporan yang mengandungi maklumat, pencapaian dan potensi semasa Negeri Perlis berdasarkan kepada sektor-sektor yang dikaji. Laporan ini akan dipublisitikan selama 1 bulan bagi memberi peluang kepada pihak awam untuk mengemukakan pandangan dan cadangan. Pandangan dan cadangan yang diterima oleh Pengarah Negeri ini kemudiannya akan diambilkira di dalam penyediaan awal Draf Rancangan Struktur selaras dengan subseksyen 9(1), Akta 172.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) akan diadakan selama 4 minggu bermula pada 16 Disember 2024 sehingga 16 Januari 2025 dan selari dengan Subseksyen 9(1)(a) Akta 172 yang bertujuan untuk memaklumkan dan mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada orang awam dan pihak yang berkepentingan terhadap cadangan dan strategi pembangunan yang telah dirangka untuk pembangunan di Negeri Perlis.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) ini akan diadakan di 3 lokasi tetap dan 4 lokasi bergerak seperti berikut :-
Lokasi Tetap
Tarikh : 16 Disember 2024 – 16 Januari 2025
Hari dan Masa :
Isnin – Jumaat (9.30 pagi – 4.30 petang)
1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis (PLANMalaysia Perlis)
2. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN)
3. Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
Lokasi Bergerak
Hari dan Masa :
Ahad – Jumaat (10.00 pagi – 5.00 petang)
1. Konkos Kuala Perlis, Perlis (16 – 23 Disember 2024)
2. C-MART Arau, Perlis (24 – 31 Disember 2024)
3. Plaza Niaga Padang Besar, Perlis (1 – 9 Januari 2025)
4. Pusat Khidmat Dun Sanglang ( 9 – 16 Januari 2025)
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap laporan tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 23 Januari 2025.
Semakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :-
1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
2. Laman Web PLANMalaysia Perlis
3. Laman Web Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) boleh didapati melalui pautan berikut :-
3. Risalah
4. Poster
5. Streamer
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi dan diemailkan kepada:-
Pengarah
PLANMalaysia Perlis
Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
Persiaran Wawasan, 01000, Kangar<
Perlis
No. Tel : 04-9708448
Email : rancamaju.perlis@gmail.com
Kemaskini pada 2024-12-26 17:02:10 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl