Program Bandar Selamat mula diperkenalkan pada tahun 2004 dengan memperkenalkan tiga (3) dan 23 langkah pelaksanaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2010, program ini menjadi salah satu inisiatif menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11), Program Bandar Selamat diberikan keutamaan untuk dilaksanakan seperti yang terkandung dalam Bidang Fokus C: Bab 4 Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat : Mewujudkan Persekitaran Hidup Lebih Selamat Untuk Masyarakat Yang Berdaya Maju dan Sejahtera. Tiga (3) strategi utama dan 15 langkah Bandar Selamat telah diperkenalkan semula.
Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot di bawah Program Bandar Selamat diperkenalkan dengan fokus utama untuk mengurangkan kadar jenayah dan untuk meningkakan persepsi rasa selamat di kalangan orang awam. Blackspot merupakan kawasan yang menimbulkan perasaan tidak selamat dari segi jenayah (fear of crime) dan mempunyai rekod jenayah yang tinggi.
Inisiatif ini mula dilaksanakan pada tahun 2013. Kawasan blackspot ditentukan oleh PBT dengan mendapat persetujuan PDRM yang mana telah dibentangkan dan diperakui dalam Mesyuarat Majlis Penuh PBT.
Tiga (3) skop utama pelaksanaan program pemutihan kawasan blackspot:
Projek Fizikal
Pelaksanaan projek fizikal meliputi Langkah-langkah Bandar Selamat iaitu: a. Pencahayaan;
b. Laluan pejalan kaki khusus;
c. Rel penghadang;
d. Tempat letak motorsikal berkunci;
e. Papan tanda keselamatan;
f. Cermin keselamatan; dan
g. Redaan trafik
Peruntukan untuk pelaksanaan projek ini disalurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku peneraju NKRA Mengurangkan Jenayah.
Pemasangan Papan Tanda Keselamatan di hadapan hospital di Pekan Masai, Pasir Gudang
Laluan pejalan kaki dan rel penghadang di sebahagian Jalan Angsana & Jalan Thean
Teik dan sekitar Timur Laut Pulau Pinang
ii.Program Sosial
Program-program berbentuk sosial dan kemasyarakatan yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan
seperti gotong royong, pemulihan serta rawatan dadah, sesi dialog bersama penduduk dan sebagainya.
iii. Operasi Keselamatan
Aktiviti penguatkuasaan keselamatan seperti rondaan bersepadu oleh PDRM, PBT, Rela, KRT, operasi PATI, Community Policing dan sebagainya.
Peruntukan Pelaksanaan Program Bandar Selamat : Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot Tahun 2013-2018
TAHUN
BIL. PBT
PERUNTUKAN
2013
17
RM42.85juta
2014
20
RM5.7juta
2015
24
RM10juta
2016
20
RM12juta
2017
24
RM15juta
2018
21
RM15juta
2019
22
RM10 juta
Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)
Pengenalan
Disediakan untuk menyokong Strategi 1: Mereka bentuk persekitaran fizikal dan langkah 2: Pelaksanaan Reka bentuk persekitaran fizikal yang selamat (CPTED). Konsep dan prinsip CPTED perlu diterapkan pada peringkat awal reka bentuk pelan susun atur dan pelan bangunan bagi semua kawasan pembangunan baru. Konsep CPTED juga boleh diguna pakai bagi pembangunan sedia ada yang kurang selamat dan terdedah kepada jenayah.
Konsep CPTED
CPTED berdasarkan kepada idea bahawa “reka bentuk persekitaran fizikal terperinci secara efektif boleh mempengaruhi perlakuan manusia dari melakukan kesalahan serta mengurangkan perasaan takut berlakunya jenayah dan insiden jenayah disamping meningkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan.”
Prinsip CPTED
Terdapat 4 prinsip universal CPTED yang diguna pakai oleh masyarakat antarabangsa iaitu: