T
    T
    T
    T
    T
    T

image

logo-jata
logo-jata

Pelan Strategik Jabatan

Pelan Strategik PLANMalaysia 2026–2030 merupakan kesinambungan yang diperkukuh melalui penambahbaikan berbanding Pelan Strategik 2021–2025 (Pindaan 2023), bagi mengambil kira perubahan landskap semasa, hala tuju RMK13 bertemakan “Melakar Semula Pembangunan, yang disokong oleh Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), aspirasi Malaysia MADANI serta keutamaan strategik yang sejajar dengan Pelan Strategik KPKT 2026–2030. 

Evolusi pelan strategik ini mencerminkan anjakan penting daripada pendekatan perancangan yang lebih berfokuskan proses kepada pendekatan yang lebih berpaksikan pelaksanaan, berasaskan data serta berimpak tinggi. Penambahbaikan yang dilaksanakan bukan sahaja melibatkan pengukuhan struktur teras strategik, malah turut memperluas skop strategi dan program bagi memastikan perancangan yang lebih responsif terhadap keperluan semasa serta cabaran masa hadapan. 

Pelan Strategik PLANMalaysia 2026–2030, memfokuskan kepada iltizam untuk memperkukuh komitmen PLANMalaysia sebagai peneraju agenda perancangan pembangunan negara, digerakkan melalui 5 teras strategik, 24 strategi dan 70 inisiatif/program. Pelan ini menekankan pengukuhan tatakelola perancangan yang lebih bersepadu, berorientasikan hasil serta responsif terhadap keperluan semasa, di samping memperkasa ekosistem inovasi, integriti, pembangunan modal insan dan pendigitalan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang lebih pragmatik, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Penekanan turut diberikan kepada pelaksanaan yang lebih cekap, pantas dan berimpak tinggi selaras dengan usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui pelaksanaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 [Akta 867]. Pendekatan ini merangkumi pengurangan sehingga 25% beban kawal selia yang tidak relevan serta penambahbaikan proses bagi mengurangkan karenah birokrasi, sekali gus memastikan perkhidmatan Kerajaan yang lebih efektif, adaptif dan berupaya memenuhi ekspektasi rakyat, di samping meningkatkan daya saing negara.

Selain itu, pelan ini menumpukan kepada pembangunan yang mampan, inklusif dan berdaya tahan melalui pemerkasaan perancangan berasaskan data dan teknologi. Hala tuju ini turut menyokong agenda bandar mampan dan pintar serta kesejahteraan komuniti melalui kerjasama strategik pelbagai pihak dan penyelarasan yang menyeluruh di peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Pelan Strategik ini juga menjadi asas kepada penyediaan Rancangan Korporat Jabatan secara tahunan bagi memastikan pelaksanaan program dan inisiatif dilaksana secara lebih terancang, terukur dan berkesan. 


Untuk makluman lebih lanjut, klik Disini Pelan Strategik PLANMalaysia 2026-2030


 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian |     Data Terbuka    
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox versi 50 dan ke atas pada resolusi skrin minimum 1366x768 Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia @ 2023