T
    T
    T
    T
    T
    T

image

logo-jata
logo-jata

Bahagian Rancangan Pembangunan

     
 
     
  Selaras dengan penstrukturan semula organisasi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) pada tahun 2008, Jabatan ini telah dibahagikan kepada lapan (8) bahagian iaitu Bahagian Rancangan Pembangunan, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, Bahagian Perancangan Wilayah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Korporat.  
     
  Bahagian Rancangan Pembangunan (BRP) terbahagi kepada empat (4) pejabat projek dan satu (1) unit iaitu;  
     
 
  • Pejabat Projek Zon Utara;
  • Pejabat Projek Zon Tengah;
  • Pejabat Projek Zon Selatan;
  • Pejabat Projek Zon Timur; dan
  • Unit Penyelarasan Projek.
 
     
  Pejabat Projek Zon Utara terletak di Alor Setar, Kedah. Pejabat Projek Zon Selatan terletak di Ayer Keroh, Melaka. Pejabat Projek Zon Timur pula terletak di Kuala Terengganu manakala Pejabat Projek Zon Tengah dan Unit Penyelarasan Projek ditempatkan bersama Bahagian-Bahagian lain di PLANMalaysia Ibu Pejabat di Putrajaya. Dengan terlaksananya penstrukturan tersebut, BRP ditempatkan di bawah pengurusan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan).  
     
 
     


 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian |     Data Terbuka    
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox versi 50 dan ke atas pada resolusi skrin minimum 1366x768 Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia @ 2023