| Unit Integriti ditubuhkan pada 6 Januari 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013 iaitu Penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam. Unit ini berperanan untuk memastikan warga PLANMalaysia mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Penubuhan Unit Integriti juga adalah sebagai langkah dalam membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan warga PLANMalaysia. Ianya bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan orang awam terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh PLANMalaysia. | ||
| Memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh supaya dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. | ||
| Unit Integriti dipecahkan kepada dua (2) seksyen iaitu Seksyen Pengesanan, Pengesahan dan Tatatertib dan Seksyen Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Tadbir Urus dan Pemantauan yang mempunyai peranan seperti berikut: | ||
|
I.Seksyen Pengesanan, Pengesahan dan Tatatertib: |
||
|
||
| II. Seksyen Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Tadbir Urus Dan Pemantauan: - | ||
|
||
https://www.planmalaysia.gov.my/satra2.0/welcome_page.php
| Sistem Aduan Tatakelakuan dan Rasuah (SATRA) merupakan satu medium saluran aduan dalaman yang membolehkan warga PLANMalaysia mengemukakan aduan mengenai salah laku atau tatakelakuan atau aktiviti rasuah atau perkara-perkara berkaitan dengannya yang berlaku di PLANMalaysia. | ||
| Aduan tatakelakuan adalah merujuk kepada aduan terhadap sesuatu tindakan, tingkah laku atau apa-apa sahaja perbuatan yang tidak berintegriti, tidak mematuhi atau melanggar undang-undang, peraturan, pekeliling, tatacara, arahan pentadbiran atau apa-apa prosedur kerajaan sedia ada yang dilakukan oleh warga PLANMalaysia yang dikesan secara visual atau melalui lisan dengan disokong oleh bukti fizikal atau bukti-bukti lain yang menyokong aduan tersebut. | ||
| Aduan rasuah pula merujuk kepada aduan terhadap sesuatu tindakan, tingkah laku atau apa-apa sahaja perbuatan yang melibatkan meminta/menerima rasuah atau memberi suapan atau penyalahgunaan kuasa atau mengemukakan tuntutan palsu yang dikesan secara visual atau melalui lisan dengan disokong oleh bukti fizikal atau bukti-bukti lain yang menyokong aduan tersebut. | ||
| III. Unit Penyelarasan Maklumat Dan Perancangan: - | ||
|
||
| Sistem aduan ini merupakan saluran untuk kegunaan dalaman PLANMalaysia Ibu Pejabat sahaja. Aduan salah laku tatakelakuan dan rasuah ke atas pegawai yang bertugas di PLANMalaysia@Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan/Agensi Kerajaan lain hendaklah dikemukakan terus kepada agensi yang mengawal selia pegawai tersebut. | ||