Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan satu dokumen perancangan spatial tertinggi negara yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan hala tuju perancangan dan pembangunan fizikal negara. Penyediaan RFN ini diperuntukkan di bawah seksyen 6B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
RFN mula disediakan pada tahun 2005 selaras dengan Akta 172 (Pindaan) 2001 (Akta A1129) sebagai usaha untuk mewujudkan peranan Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal perancangan dan pembangunan negara. RFN dikaji semula setiap lima tahun selaras dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara atau jika diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) sepertimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 6B (4), Akta 172.
RFN menyediakan dokumen yang menjadi rujukan utama bagi perancangan dan pembangunan fizikal oleh Kementerian/Jabatan/agensi di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan bagi tujuan penyelarasan perancangan pembangunan dalam melaksanakan perancangan yang mampan, komprehensif, dinamik, berdaya tahan dan berdaya saing
Dalam mewujudkan keseimbangan pembangunan yang optimum dalam segenap aspek perancangan, sasaran utama pembangunan dirangka untuk dijadikan panduan oleh agensi pelaksana di peringkat pelaksanaan strategi khususnya di peringkat Kementerian, negeri dan tempatan. Sasaran utama pembangunan sehingga tahun 2040 adalah seperti berikut: