T
    T
    T
    T
    T
    T

image

logo-jata
logo-jata

Soalan Lazim Bandar Pintar (SMART CITY)

Bandar pintar dilihat sebagai satu pendekatan baharu dalam pengurusan bandar dan pembangunan untuk menjadikan bandar-bandar di Malaysia lebih mampan dan berdaya huni.  Pada masa yang sama, kemajuan teknologi dan penggunaan teknologi maklumat (IT) menjadikan pendekatan bandar pintar lebih praktikal dan memudahkan penduduk dan pengurus bandar.

 

Oleh itu, Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (RKBPM) 2019-2025 yang telah disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), merupakan rujukan utama di peringkat nasional berkaitan perancangan dan pembangunan bandar pintar di Malaysia.  RKBPM telah dijadikan sebagai panduan khusus kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak berkuasa negeri (PBN), Kementerian dan Jabatan, pemain industri, ahli akademik serta pihak berkepentingan lain untuk merancang dan membangunkan bandar pintar yang holistik di Malaysia dan seiring dengan perkembangan semasa.

 

RKBPM mendefinisikan bandar pintar sebagai:

 

“Bandar-bandar yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan teknologi canggih bagi menangani isu-isu untuk meningkatkan kualiti hidup, mempromosi pertumbuhan ekonomi, membangunkan persekitaran yang mampan dan selamat serta menggalakkan amalan pengurusan bandar yang cekap.”

 

(Sumber: RKBPM, Bab 2 - Kerangka Bandar Pintar, m.s.16)





 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian |     Data Terbuka    
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox versi 50 dan ke atas pada resolusi skrin minimum 1366x768 Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia @ 2023