T
    T
    T
    T
    T
    T

image

logo-jata
logo-jata

Soalan Lazim Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu

  1. Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan) merupakan sistem pangkalan data guna tanah perancangan yang berasaskan GIS dengan mengaplikasikan teknologi Sumber Terbuka (Open Source). Sistem I-Plan telah dilancarkan pada 3 November 2015 oleh Menteri KPKT bersempena Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS). Pelaksanaan Sistem I-Plan ini telah mendapat persetujuan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-25 (Bil 1/2016) pada 21 Julai 2016.

 

  1. Matlamat utama Sistem I-Plan adalah untuk mewujudkan sistem pengurusan dan perkongsian maklumat guna tanah perancangan bersepadu yang komprehensif, efektif, dan efisien. Sistem I-Plan juga memudahcara pengurusan data guna tanah perancangan melalui aktiviti:
  • Pengumpulan data;
  • Pengemaskinian data;
  • Verifikasi data;
  • Penyeragaman data; dan
  • Penyimpanan data.

 

  1. Proses ini berlaku di antara agensi dan capaian data secara dalam talian bagi 11 Negeri di Semenanjung Malaysia, 103 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk PBT di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pengemaskinian maklumat gunatanah perancangan ini pula dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun.

 

  1. Evolusi perkembangan berkaitan pengurusan maklumat guna tanah perancangan ini dapat dilihat menerusi PLANMalaysia yang telah mengambil inisiatif menggunapakai teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang telah berkembang di Malaysia sejak tahun 1980-an dalam penyediaan rancangan-rancangan pemajuan. Pelbagai program dan aktiviti berkaitan penggunaan GIS telah dirangka oleh PLANMalaysia untuk memperkukuhkan pengurusan data guna tanah perancangan.

 





 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian |     Data Terbuka    
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox versi 50 dan ke atas pada resolusi skrin minimum 1366x768 Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia @ 2023