PUTRAJAYA, 7 April 2026 –
Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 telah
berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Dewan Kristal, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB
Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sambutan tahun
ini bertemakan “Bijak Digital, Cipta Bahagia Bersama” yang
bertujuan mengiktiraf kepentingan keseimbangan antara pembangunan fizikal,
sosial, dan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan rakyat.
PENGUMUMAN 10 BANDAR PALING BAHAGIA 2026
Kemuncak majlis menyaksikan pengiktirafan diberikan
kepada 10 Bandar Paling Bahagia 2026 yang telah berjaya
mencapai piawaian kesejahteraan tinggi melalui penilaian yang komprehensif.
Tahniah diucapkan kepada:
- Bandar
Dabong, Kelantan
- Bandar
Kluang, Johor
- Bandaraya
Kuala Terengganu, Terengganu
- Bandar
Lipis, Pahang
- Bandar
Marang, Terengganu
- Bandar
Mersing, Johor
- Bandar
Permaisuri, Terengganu
- Bandar
Ranau, Sabah
- Bandar
Raub, Pahang
- Bandar
Simpang Renggam, Johor
METODOLOGI PENILAIAN BAHARU
Bagi tahun 2026, kaedah penentuan Indeks
Kebahagiaan Bandar telah ditambah baik agar lebih kukuh dan
berintegriti melalui integrasi dua sumber data utama:
- 80%
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM): Mengukur
kesejahteraan menyeluruh rakyat (fizikal, sosial, emosi, dan spiritual)
melalui 13 komponen Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI).
- 20%
Sistem MURNInets (PLANMalaysia): Menilai
persepsi penduduk terhadap kualiti persekitaran, kemudahan awam, dan
perkhidmatan perbandaran setempat.
Integrasi data makro nasional dan pengalaman sebenar
penduduk ini menghasilkan rujukan yang lebih seimbang dan konsisten bagi memacu
dasar pembangunan negara.
INSPIRASI MENUJU BANDAR DAYA HUNI
Penganugerahan ini diharapkan dapat menjadi pencetus
semangat kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk terus memperkukuh
perancangan bandar yang mampan serta berfokuskan kesejahteraan komuniti.
"Be the reason someone smiles today.
Happy International Day of Happiness!"
PAUTAN BERKAITAN
- Majlis
Pengumuman Bandar Paling Bahagia 2026
- Info
Grafik & Galeri Pemenang
- Laporan Kebahagiaan Bandar Malaysia 2026






