T
    T
    T
    T
    T
    T

image

logo-jata
logo-jata

MESYUARAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN) KE-50 (BIL.1/2026)

PUTRAJAYA, 9 April 2026 – Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri memfokuskan kepada penyelarasan draf Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) bersama Kerajaan-kerajaan Negeri bagi memastikan perancangan negara yang inklusif. Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum inisiatif infrastruktur strategik seperti jajaran baharu Lebuhraya Pantai Barat (WCE) Hubungan Selatan (Banting ke Gelang Patah) dan jalan baharu dari Simpang Pelangai ke Putrajaya sebagai laluan alternatif untuk mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (E2) dan Lebuhraya Karak (E8). Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam mengimbangi pembangunan fizikal, pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam demi kesejahteraan rakyat.

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian |     Data Terbuka    
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox versi 50 dan ke atas pada resolusi skrin minimum 1366x768 Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia @ 2023