T
    T
    T
    T
    T
    T

image

logo-jata
logo-jata

EKPEDISI PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR (PSB)

image

KUALA LUMPUR, 29 April 2025 - Telah berlangsung Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar (PSB) bersama Ahli Parlimen anjuran YB Tuan Nga Kor Ming Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ekspedisi ini telah melawat beberapa buah tapak perumahan bertingkat yang telah usang dan tidak sesuai didiami di sekitar ibu negara. Selain itu peserta juga telah dibawa ke dua (2) skim perumahan yang telah menggunapakai inisiatif pembaharuan semula bandar.

Ekspedisi ini bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas kepada semua Ahli Parlimen dan wartawan tentang kepentingan dan keperluan untuk memulakan proses pembaharuan semula bandar melalui penggubalan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB).

Ekspedisi ini telah melibatkan 19 orang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara serta wakil-wakil dan pegawai-pegawai Parlimen. PLANMalaysia akan terus komited merancang dan mencari ikhtiar untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk di bandaraya akibat kesempitan hidup.

imageimageimageimageimageimage


 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian |     Data Terbuka    
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox versi 50 dan ke atas pada resolusi skrin minimum 1366x768 Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia @ 2023