T
    T
    T
    T
    T
    T

image

logo-jata
logo-jata

HEBAHAN PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMalaysia) Bilangan 1 Tahun 2026

PANDUAN SENARAI PROJEK PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG YANG PERLU DIBERI ULASAN TEKNIKAL OLEH PLANMalaysia NEGERI

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada PLANMalaysia Negeri mengenai senarai projek permohonan Kebenaran Merancang yang perlu diberi ulasan teknikal oleh PLANMalaysia Negeri bagi menyelaras proses penyediaan ulasan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pekeliling ini turut memperkukuh tatacara penyediaan ulasan agar lebih seragam, cekap dan selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].

Antara objektif utama pekeliling ini adalah:

i. Menyelaraskan skop dan kriteria projek permohonan Kebenaran Merancang yang perlu diberi ulasan teknikal oleh PLANMalaysia Negeri.

ii. Menyediakan panduan yang seragam kepada semua PLANMalaysia Negeri dalam penyediaan ulasan teknikal kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

iii. Meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan keseragaman proses penyediaan ulasan teknikal selaras dengan dasar serta peruntukan perundangan yang berkuat kuasa.

Klik Di Sini untuk melihat Pekeliling Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Bilangan 1 Tahun 2026: Panduan Senarai Projek Permohonan Kebenaran Merancang Yang Perlu Diberi Ulasan Teknikal Oleh PLANMalaysia Negeri.

Klik Di Sini untuk melihat Koleksi Dasar Pekeliling.

 

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian |     Data Terbuka    
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox versi 50 dan ke atas pada resolusi skrin minimum 1366x768 Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia @ 2023