Pelaporan status Kemampanan Bandar di Malaysia bagi tahun 2025 telah dibentang untuk pemakluman kepada ahli Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 9 April 2026.
Laporan Kemampanan Bandar Malaysia 2025 turut diedarkan kepada ahli mesyuarat MPFN yang bertujuan untuk berkongsi hasil dapatan data dan analisis serta tahap pencapaian kemampanan bandar melalui Program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar di Malaysia (MURNInets) yang telah dijalankan pada tahun 2025.
Adalah diharapkan paparan data dan maklumat tersebut dapat menjadi rujukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap bandar, mencadangkan peluang penambahbaikan dan sebagai alat pengukur prestasi pengurusan bandar dalam sesebuah PBT.
Sila imbas Kod QR yang disertakan atau klik pada pautan Laporan Kemampanan Bandar Malaysia 2025 untuk memuat turun laporan lengkap tersebut.






