T
    T
    T
    T
    T
    T

image

logo-jata
logo-jata

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PENGINAPAN PEKERJA BERPUSAT (CENTRALISED LABOUR QUARTERS - CLQ) DAN PROSEDUR PERMOHONAN BAGI PENYEDIAAN PENGINAPAN PEKERJA SECARA JANGKA PENDEK (TEMPORARY LABOUR QUARTERS - TLQ)

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (Centralised Labour Quarters CLQ ) dan Prosedur Permohonan Bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (Temporary Labour Quarters TLQ ) untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan, pihak pemaju, majikan, pengilang, pengendali perkhidmatan dan pengusaha penginapan pekerja di dalam menyediakan penginapan pekerja meliputi pekerja asing dan tempatan yang lebih terancang, teratur dan holistik. Penginapan pekerja berpusat atau ringkasnya CLQ adalah satu kaedah terbaik bagi menempatkan pekerja dalam satu kawasan atau bangunan khas (kekal/ separa kekal) dengan penyediaan pelbagai kemudahan asas dan sokongan bagi keselesaan pekerja. Pembangunan CLQ ini perlu dirancang dengan sistematik bagi memastikan penyediaannya dapat memenuhi keperluan pekerja dan sesuai dengan keadaan persekitaran.

Pautan - https://mytownnet.planmalaysia.gov.my/index.php/books/garis-panduan-perancangan-penginapan-perkerja-berpusat-centralised-labour-quarters-clq/

imageimage

 

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian |     Data Terbuka    
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox versi 50 dan ke atas pada resolusi skrin minimum 1366x768 Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia @ 2023