Visi Peneraju perancangan bandar dan desa ke arah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara menjelang 2030.
Misi Memacu perancangan pembangunan negara melalui perancangan spatial yang komprehensif dan inovatif demi kesejahteraan masyarakat.
Teras Strategik Jabatan
Objektif Objektif Kualiti berdasarkan kepada Dasar Kualiti yang digubal. Objektif Kualiti PLANMalaysia telah diwujudkan mengikut proses utama perkhidmatan. Ia akan dikaji semula setiap tahun mengikut perancangan strategik PLANMalaysia. Objektif Kualiti Jabatan dibentuk seperti berikut:
Menyediakan rancangan pemajuan yang menepati keperluan standard (daripada segi perundangan, manual, garis panduan dan dasar) dan peruntukan sumber (bajet dan lingkungan masa) serta menggunakan pendekatan teknikal dan saintifik yang berdaya laksana daripada segi ekonomi, sosial, alam sekitar dan tadbir urus. ii. Perundangan, Penyelidikan dan Pembangunan Menjalankan kajian prosedur dan penyelidikan perancangan bagi penyediaan kaedah dan garis panduan perancangan yang berkualiti dan menepati keperluan semasa (daripada segi perundangan dan dasar) dengan menggunakan pendekatan terkini, saintifik, inovatif dan praktikal. iii. Organisasi Pembelajaran / Kemahiran Memastikan semua peringkat pegawai di Jabatan mempunyai kemahiran dan kompetensi untuk memenuhi cabaran perancangan semasa dan persediaan mengambil alih jawatan yang lebih tinggi; melalui peningkatan latihan atau latihan semula, percambahan fikiran dan program perkongsian pengetahuan. iv. Kemahiran dan Penguasaan Penggunaan ICT Meningkatkan tahap kemahiran penggunaan ICT di kalangan warga Jabatan bagi pelaksanaan kerja yang berkesan. v. Maklumat Perancangan Membentuk pangkalan data perancangan yang komprehensif dan perkongsian maklumat yang efisien. vi. Budaya Kerja Cemerlang Memastikan semua lapisan pegawai berprestasi cemerlang, berdaya maju dengan mencapai nilai purata prestasi tahunan berdasarkan arahan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.4 Tahun 1991. vii. Sebaran Am Menjalankan program sebaran yang melibatkan agensi pelaksana dan pihak yang berkepentingan melalui kaedah rundingan / kolaborasi dan kerjasama. viii. Penambahbaikan Berterusan Membentuk sistem maklum balas pelanggan serta sistem pengukuran kecekapan / keberkesanan sistem kualiti sebagai asas kepada tindakan penambahbaikan berterusan. ix. Kepuasan Pelanggan Memastikan produk dan perkhidmatan yang disediakan diterima pakai dan dirujuk oleh pelanggan dalaman dan luaran. x. Kepimpinan dan Input Pengurusan Memastikan agar pengurusan atasan sentiasa komited kepada pembangunan, pelaksanaan, pemantauan, penambahbaikan serta sentiasa berusaha secara berterusan bagi meningkatkan keberkesanan SPK MS ISO 9001:2015. |
Kemaskini pada 2023-01-05 15:46:43 daripada Administrator