Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Rancangan Fizikal Negara

     
 

Apakah perbezaan utama diantara RFN dan RFN ke-2?

Dua Perbezaan Utama Iaitu Dari Segi Konsep Dan Strategi Keseluruhan

  • Konsep Selective Concentration dalam RFN pertama lebih menumpukan kepada pembangunan bandar khususnya conurbation.
  • Konsep Concentrated Decentralisation dalam RFN Ke-2 menganjurkan supaya pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada conurbation tetapi lebih seimbang dengan tumpuan juga dilokasi-lokasi terpilih dalam koridor pertumbuhan.

Apakah rancangan fizikal negara dan fungsinya?

Suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. RFN perlu disediakan menerusi proses perundingan diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta mengambil kira dasar perbandaran negara semasa atau dasar-dasar lain yang berkaitan. RFN disediakan bagi Semenanjung Malaysia dan tidak meliputi Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri tertakluk kepada perundangan yang berbeza.

RFN berfungsi untuk menterjemahkan objektif sosio-ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar-dasar pembangunan sehingga tahun 2020, serta objektif sektoral ke dalam bentuk spatial untuk menjadi panduan dari segi agihan geografi diantara negeri, di dalam negeri dan diantara kawasan tempatan.

Perancangan spatial adalah suatu proses yang kompleks. Ianya melibatkan pelbagai bidang dan dasar yang berkaitan dengan pelbagai sektor dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti sektor perkhidmatan utiliti dan penglibatan daripada sektor swasta. Perancangan fizikal yang berkesan adalah melibatkan penyertaan daripada pendekatan “top-down” dan “bottom-up’. Dalam penilaian semula RFN Pertama, perkara utama yang diambilkira ialah mendapatkan maklum balas secara diskursif dan konsultatif daripada semua agensi kerajaan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan bandar yang terbaik (‘Good Governance’) dan penglibatan awam dalam perancangan yang berkesan.

Apakah peruntukan perundangan yang digunakan dalam penyediaan RFN?

Seksyen 6B, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) merupakan asas perundangan di dalam penyediaan RFN di mana dibawah akta ini RFN didefinisikan seperti berikut:

  • Merupakan pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi tujuan menentukan halatuju pembangunan fizikal negara; dan
  • Mengandungi perkara-perkara lain sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

Ini menjadikan RFN sebagai satu dokumen ‘statuory’, sungguhpun penyediannya tidak di peruntukkan untuk di wartakan.

Apakah fungsi RFN ke-2?

Fungsi utama RFN Ke-2 adalah:

  1. Memperkukuhkan perancangan pembangunan negara dengan memberikan dimensi spatial kepada dasar-dasar sosio-ekonomi negara;
  2. Menyelaras keputusan dan tindakan agensi pelbagai sektor yang terlibat dengan pembangunan fizikal;

 

iii.       Mewujudkan satu kerangka spatial bagi perancangan di peringkat wilayah, negeri dan tempatan; dan

  1. Menyediakan dasar-dasar perancangan fizikal bagi memastikan pembangunan mapan.
  2. Menganjurkan langkah-langkah sektoral bagi agensi pelaksanaan dalam membawa mereka lebih ke hadapan dalam menyokong dasar spatial nasional dan rangka kerja; dan
  3. Mengenalpasti program-program penting untuk di bawa perhatian dan meningkatkan konsep rekabe perancangan spatial yang lebih inovatif.

Apakah implikasi kepada agensi persekutuan dan kerajaan negeri sekiranya tidak mematuhi dasar RFN terutamanya di peringkat penyediaan rancangan Malaysia lima tahun dan rancangan pemajuan?

Dari segi implikasi kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sekiranya tidak mematuhi Dasar RFN adalah dianggap tidak mematuhi arahan dan dasar yang telah diputuskan oleh MPFN dan tidak menjalankan tugas-tugasnya seperti yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 6B(5), Akta 172.

Dari segi implikasi ketidakpatuhan dasar RFN di peringkat unjuran tahunan Rancangan Malaysia pula, dasar-dasar RFN sepatutnya menjadi asas kepada bajet perancangan Rancangan Malaysia Lima Tahun. Sekiranya dalam Rancangan Pemajuan, terutamanya Rancangan Struktur, tidak mengambilkira dasar-dasar RFN, maka penyediannya telah melanggar peruntukan di bawah perenggan 7(3)(aa), Akta 172.

Bilakah kajian semula RFN ke-2 dimulakan dan peringkat mana meluluskannya?

Kajian Semula RFN iaitu RFN Ke-2 dimulakan pada 02 Februari 2009. Ia telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2010 dan diluluskan oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara pada 13 Ogos 2010.

Kajian semula ini disediakan selaras dengan peruntukkan Seksyen 6B, Akta 172 berhubung keperluan RFN untuk dikaji semula setiap lima tahun selaras dengan Kajian Semula Rancangan Malaysia Lima Tahun. Bagaimanapun, tidak semua aspek RFN perlu diubah kerana terdapat beberapa cadangan yang perlu dikekalkan di peringkat kajian semula. Ini termasuk kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan pemuliharaan dan kawasan perlindungan sumber air. Begitu juga dengan cadangan pembinaan lain seperti infrastruktur utama negara yang memerlukan pelaksanaan berterusan. RFN mempunyai kedua-dua perspektif jangka pendek bagi memenuhi objektif sosio-ekonomi yang terkandung dalam RMLT dan perspektif jangka panjang menuju Wawasan 2020.

Apakah kandungan utama RFN ke-2?

RFN Ke-2 menggariskan pembangunan berdasarkan strategi ‘Concentrated Decentralisation’. Pada dasarnya, strategi pembangunan ‘Concentrated Decentralisation’ akan menumpukan pertumbuhan pada masa depan di keempat-empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan, sebagai pemangkin pertumbuhan utama. Namun demikian, untuk mencapai pembangunan mapan di kawasan luar dari conurbations utama, pembangunan juga akan ditumpukan di beberapa pusat bandar strategik yang terpilih yang berada di dalam lingkungan koridor pembangunan negara. Ini adalah untuk memanfaatkan potensi kawasan pertumbuhan dengan kemudahan aksesibiliti, mengelakkan urban sprawl, melindungi kampung-kampung dan desa serta mempercepatkan pembangunan dalam wilayah yang kurang maju.

Berdasarkan kepada strategi pembangunan tersebut, 41 dasar spatial negara telah digariskan, yang disokong dengan langkah-langkah pelaksanaan utama. Kesemuanya telah diaturkan bawah 8 tema, iaitu:-

Tema 1            : Pembentukan Rangka Spatial Negara

Tema 2            : Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara

Tema 3            : Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Desa

Tema 4            : Pembangunan Pelancongan yang Mampan

Tema 5            : Pengurusan Petempatan Manusia

Tema 6            : Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar

Tema 7            : Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Bandar dan Negara

Tema 8            : Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian

Dasar Spatial Negara bertujuan untuk mencipta corak petempatan spatial yang cekap disokong oleh rangkaian infrastruktur strategik yang bersepadu, bagi mengekalkan kemampanan di kawasan luar bandar, memelihara alam sekitar secara efektif dan menggunakan sumber semulajadi dengan berhemah. Dalam hal ini, teras utama Dasar Spatial Negara adalah seperti berikut:

  • Aktiviti ekonomi berasaskan perbandaran perlu tertumpu di conurbations utama, iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan, untuk meningkatkan kecekapan perancangan guna tanah dan infrastruktur. Di luar conurbations utama tersebut, aktiviti ekonomi Bandar perlu diletakkan di pusat pertumbuhan bandar terpilih di dalam koridor pembangunan yang dikenalpasti untuk meningkatkan kecekapan penggunaan infrastruktur sedia ada serta sumber semulajadi dan penduduk tempatan. Keutamaan perlu diberikan bagi mencapai ‘bandar padat’ yang cekap tenaga. Perumahan mampu milik dengan kemudahan komuniti yang mencukupi perlu disediakan di pusat-pusat bandar utama.
  •  Pusat Pertumbuhan Desa perlu dinaitaraf bagi keperluan penduduk luar bandar. Perancangan Luar Bandar Bersepadu hendaklah dilaksanakan memandangkan peranannya terhadap pusat-pusat bandar yang berhampiran dan potensi pembangunan pelancongan luar bandar dalam menyediakan peluang pekerjaan selain daripada pertanian, mempertingkatkan sistem pengangkutan awam ke pusat pekerjaan dan meningkatkan akses ke internet.
  •  Perancangan bagi wilayah yang kurang maju perlu menerapkan pendekatan koridor pembangunan bagi menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi bagi mengurangkan ketidak seimbangan pembangunan antara wilayah.
  •  Tumpuan juga perlu diberi bagi mempromosikan pembangunan kluster perindustrian dan ekonomi dalam kawasan conurbation bagi mencapai pembangunan ekonomi dan skala ekonomi.
  •  Kawasan Pertanian Utama (KPU) perlu dikekalkan terutamanya bagi tujuan pertanian, dan pembangunan bandar harus dikawal di kawasan ini.
  •  Zon Pembangunan Pelancongan di setiap negeri perlu tertumpu kepada produk niche di wilayah tersebut dan meningkatkan kualiti kemudahan dan daya tarikan yang sedia ada berdasarkan potensi lokasi dan sumber yang sedia ada, contohnya pelancongan resort kepulauan dan eko-pelancongan di wilayah pantai timur.
  •  Central Forest Spine (CFS) perlu dibentukkan sebagai asas bagi rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).
  •  Rangka kerja perancangan spatial hendaklah menggabungkan langkah-langkah mitigasi dan adaptasi terhadap kesan perubahan iklim.
  •  Sistem keretapi berkelajuan tinggi bersepadu negara perlu diwujudkan bagi melengkapi rangkaian lebuhraya sedia ada. Di pusat bandar utama, sistem pengangkutan awam bersepadu harus diadakan.
  •  Kemudahan dan infrastruktur jalur lebar perlu dilengkapi dengan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi termasuk empat conurbation utama dan untuk masyarakat umum di kawasan lain. Pertumbuhan bandar siber dan pusat siber perlu diperkenalkan bagi menggalakkan penggunaan ICT yang lebih menyeluruh.
  •  Sasaran penduduk seperti yang dinyatakan dalam RFN2, di dalam lingkungan +/- 5% perbezaan mengikut kesesuaian oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri, perlu dipatuhi sebagai asas kepada penyediaan Rancangan Struktur Negeri, perancangan infrastruktur awam dan kemudahan sosial utama negara, serta bagi kelulusan permohonan pembangunan swasta yang mempunyai kepentingan terhadap negara.
 
     
     

Kemaskini pada 2022-10-12 14:28:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page