T
    T
    T
    T
    T
    T

image

logo-jata
logo-jata

Soalan Lazim Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPFDN)

DPF Desa Negara 2030 yang mula digunakan pada tahun 2017, telah menggariskan 5 teras berikut untuk memandu pembangunan fizikal desa: 

Teras 1: Pengurusan Mampan Alam Sekitar Desa;

Teras 2: Pengukuhan Hubungan Bandar-Desa (Urban-Rural);

Teras 3: Pengukuhan Daya Huni Desa;

Teras 4: Memperkasa Ekonomi Desa; dan

Teras 5: Pengurusan Desa Berdaya Laksana.

Teras pembangunan ini bertujuan memastikan pembangunan masyarakat luar bandar pada masa akan datang, dapat dicapai melalui penyediaan kemudahan infrastruktur yang berkualiti (elektrik, api, air, telekomunikasi), kemudahan masyarakat yang mencukupi (kemudahan beribadat, pendidikan, kesihatan), kemudahan ekonomi yang berdaya saing (bangunan arked, peruncitan, one-stop centre), kemudahan pengangkutan yang mesra (bas henti-henti, keretapi shuttle, paratransit).

DPF Desa 2030 juga dirangka untuk memperkukuh pembangunan kawasan desa melalui strategi-strategi yang memastikan kesaksamaan ekonomi di seluruh negara. Dengan fokus pada pembangunan bersepadu yang melibatkan peningkatan infrastruktur, peluang pekerjaan, dan akses kepada perkhidmatan asas, DPF Desa 2030 bertujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah bandar dan luar bandar. Melalui pendekatan ini, pembangunan yang lebih seimbang dapat dicapai, membolehkan setiap wilayah menyumbang secara efektif kepada ekonomi negara.



 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian |     Data Terbuka    
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox versi 50 dan ke atas pada resolusi skrin minimum 1366x768 Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia @ 2023