T
    T
    T
    T
    T
    T

image

logo-jata
logo-jata

Soalan Lazim Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KAGUMN)

Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KAGUMN)  adalah satu pelan induk yang menjamin keterjaminan makanan negara (Food Security) melalui pendekatan perancangan guna tanah bagi kawasan sumber makanan negara yang terdiri daripada kawasan pertanian tanaman makanan, penternakan dan perikanan. Pembentukan halatuju dan strategi perancangan guna tanah kawasan sumber makanan negara telah dibentuk berdasarkan profil semasa kawasan pengeluaran makanan serta kesediaan dan kesesuaian tanah pengeluaran makanan pada masa hadapan.

 

Perancangan guna tanah ini menterjemahkan keperluan tanah masa hadapan berdasarkan analisis, penemuan dan rumusan analisis SWOT bagi mencapai matlamat dan sasaran Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) serta penyelesaian masalah dan isu-isu yang dikenal pasti. Pelan konsep pengeluaran makanan KAGUMN menunjukkan corak dan halatuju spatial guna tanah pengeluaran makanan pada tahun 2040 yang bertemakan “Preserving & Regenerating Productive Agricultural Hubs” dengan matlamat untuk Pengekalan, Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Peningkatan kawasan pengeluaran makanan negara.



 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian |     Data Terbuka    
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox versi 50 dan ke atas pada resolusi skrin minimum 1366x768 Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia @ 2023