a. Dasar Perbandaran Negara 2006
Dasar Perbandaran Negara (DPN) 2006 telah berjaya melaksanakan 32 langkah. Antara hasil pelaksanaan DPN 2006 yang utama adalah:

Setelah sembilan (9) tahun DPN 2006 dilaksanakan dan tempoh perancangan telah tamat iaitu pada tahun 2015, maka DPN 2006 telah disemak semula bagi menghasilkan DPN2.
b. Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2)
Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) 2016-2025 disediakan bagi meneruskan langkah-langkah DPN 2006 yang masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. DPN2 telah mengambil kira perkara-perkara berikut:
DPN2 merumuskan objektif-objektif pelaksanaan dan strategi-strategi yang mengambil kira perubahan yang telah berlaku dan yang dijangka akan berlaku bagi tempoh 2016-2025. Ia juga akan memperincikan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PBT, agensi kerajaan dan swasta serta NGO’s yang berkaitan. DPN2 juga telah meliputi Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sabah.

Memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran yang mampan dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan fizikal, alam sekitar, sosial dan ekonomi negara.
“Bandar Yang Mampan Untuk Kesejahteraan Rakyat”
DPN2 digubal mengikut lima (5) prinsip yang telah ditentukan berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan. Prinsip-prinsip DPN2 disokong oleh 36 Objektif serta dilaksanakan melalui 62 Strategi dan 113 Tindakan yang akan dilaksanakan dan dipantau oleh agensi-agensi yang telah dikenalpasti. Lima (5) prinsip untuk pelaksanaan DPN2 berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan ialah -

DPN2 telah mengenal pasti 288 buah bandar yang mana sebanyak 283 buah bandar adalah di Semenanjung Malaysia manakala lima (5) buah bandar pula di Wilayah Persekutuan Labuan. Bandar-bandar ini terbahagi kepada lima (5) peringkat hierarki bandar iaitu -

Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih; atau *kawasan pembangunan khusus; atau pusat pentadbiran daerah walaupun penduduknya kurang daripada 10,000 orang dan sekurang-kurangnya 60% penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.
*Kawasan Pembangunan Khusus:
“Kawasan pembangunan yang tidak diwartakan dan boleh dikenalpasti serta terpisah dari mana-mana kawasan yang diwartakan atau kawasan tepu bina melebihi lima (5) km. Kawasan berkenaan mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 10,000 orang dengan 60% daripada penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian”
