Penilaian Impak Sosial (SIA) merupakan satu proses menganalisis, memantau dan mengurus impak sosial yang dijangka berlaku atau yang tidak terjangka sama ada impak positif atau negatif yang terhasil daripada sesuatu langkah intervensi (dasar, program, pelan dan projek) dan apa-apa proses perubahan sosial.
Untuk tujuan tersebut, PLANMalaysia telah menubuhkan Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi projek pembangunan sejak tahun 2016. Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) dipengerusikan oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia dan dihadiri wakil-wakil agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan yang berkaitan serta ahli pakar SIA yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Pengemukaan Laporan SIA di bawah Kategori A bagi projek pembangunan yang perlu mendapatkan nasihat MPFN di peringkat persekutuan adalah melibatkan:
i. Kewajipan mendapat nasihat MPFN di bawah peruntukan Seksyen 20B (1) dan (2), Akta A1522 yang merangkumi:
a. Penebusan pinggir laut; da
b. Pembinaan infrastruktur utama negara.
ii. Permohonan KM ke MPFN di bawah peruntukan Subseksyen 22(2A), Akta 172 yang merangkumi:
a. Pembangunan perbandaran baru (10,000 penduduk / > 100 hektar);
b. Pembinaan infrastruktur atau kemudahan utama; dan
c. Pemajuan puncak atau lereng bukit (KSAS dalam rancangan pemajuan).
| 1. | Format Kandungan Laporan SIA | Klik Untuk Lihat |
| 2. | Senarai Semak Laporan Penilaian Impak Sosial | Klik Untuk Lihat |
| 2a. | Senarai Semak Pengemukaan Laporan Penilaian Impak Sosial | Muat Turun |
| 3. | Senarai Maklumat Asas Projek Pembangunan | Klik Untuk Lihat |
| 4. | Contoh Deklarasi Kajian SIA Untuk Penggerak Projek | Klik Untuk Lihat |
| 5. | Contoh Deklarasi Kajian SIA Untuk Ketua Perunding | Klik Untuk Lihat |
| 6. | Contoh Deklarasi Kajian SIA Untuk Ahli Pasukan | Klik Untuk Lihat |
|
Senarai
Perakuan Pendaftaran Penyedia Laporan Social Impact Asessment (SIA) Berdaftar
Bagi Projek Pembangunan |
| 1. | Panduan Pelaksanaan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan | Muat Turun |
|
Sila lengkapkan borang permohonan pada link atau imbas QR code di diatas : |
|
BORANG PERMOHONAN MATA PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT - CPD) BAGI TUJUAN PENGANJURAN SEMINAR, SIMPOSIUM, FORUM DAN KURSUS BERKAITAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) (BORANG - SEBAGAI PENGANJUR) |
|
HUBUNGI KAMI :
Urusetia SIA PLANMalaysia Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 PUTRAJAYA emel : urusetiasia@planmalaysia.gov.my
EN. TPr Zulazhar bin Abd Gahni@Abd Ghani Tel no. 03-8091 0170
En. Kamal bin Noor Tel no. 03-8091 0188
Pn. Fazliana binti Pazin Tel no. 03-8091 0173 |