Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK (GHLGp) SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN

 

Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp) merupakan rangkuman 20 geotapak yang dikenalpasti berpotensi serta mempunyai kepentingan geologi aset negara yang sangat bernilai khususnya kepada Negeri Selangor. Ia merangkumi dua (2) daerah utama iaitu Daerah Gombak dan Daerah Hulu Langat serta melibatkan tiga (3) pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Sesi Penilaian Kebangsaan bagi GHLGp telah diadakan pada 15 – 18 Ogos 2022 dan dinilai oleh Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan iaitu:-


Penilai:
1. Dr. Kamal Roslan Mohamed, (Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Langkawi, LESTARI-UKM); dan
2. Tn. Ludi Apin (Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah)


Pemerhati:
1. Dato’ Dr. Mokhtar bin Saidin (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan); dan
2. Puan Ain Maisyarah binti Yazrol, Pegawai Tadbir (Geopark) Perbadanan Taman Negeri Perak


Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bil. 2/2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber (KETSA) pada 14 November 2022 telah memperakukan Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp) sebagai Geopark Kebangsaan dan sekaligus tersenarai dalam sembilan (9) geopark kebangsaan dalam negara.
Ucapan penghargaan dan tahniah kepada PLANMalaysia@Selangor selaku Sekreteriat Pengurusan GHLGp, Kerajaan Negeri Selangor, pihak PBT Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang serta Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor (JMG). Ucapan penghargaan juga kepada Tourism Selangor Sdn Bhd selaku Badan Pelaksana GHLGp, Pasukan Pakar Saintifik GHLGp, Rakan-rakan Strategik GHLGp dan Komuniti setempat yang terlibat.

 

Diterbitkan pada 15 Ogos, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator