Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT (SEMAKAN SEMULA) 2022

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah memuktamadkan Garis Panduan Perancangan (GPP) Kemudahan Masyarakat (Semakan Semula) 2022.GPP ini disediakan sebagai rujukan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi-agensi teknikal dan pelaksana, pemaju serta pihak berkepentingan yang terlibat di dalam penyediaan kemudahan masyarakat. Ia perlu diambil kira di dalam penyediaan Rancangan Pemajuan serta aktiviti kawalan perancangan.GPP ini telah melalui 3 siri penambahbaikan pada tahun 1997, 2013 dan 2022. Keperluan semakan semula adalah disebabkan berlakunya perubahan saiz isi rumah dan keperluan bagi menangani isu kekangan tanah di bandar bagi penyediaan kemudahan masyarakat.

Pautan - https://mytownnet.planmalaysia.gov.my/index.php/books/gpp-kemudahan-masyarakat/

 

 

 

Diterbitkan pada 14 Julai, 2023 Diterbitkan Oleh Muhammad Ibrahimi Bin Mazl