Bandar pintar dilihat sebagai satu pendekatan baharu dalam pengurusan bandar dan pembangunan untuk menjadikan bandar-bandar di Malaysia lebih mampan dan berdaya huni. Pada masa yang sama, kemajuan teknologi dan penggunaan teknologi maklumat (IT) menjadikan pendekatan bandar pintar lebih praktikal dan memudahkan penduduk dan pengurus bandar.
Oleh itu, Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (RKBPM) 2019-2025 yang telah disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), merupakan rujukan utama di peringkat nasional berkaitan perancangan dan pembangunan bandar pintar di Malaysia. RKBPM telah dijadikan sebagai panduan khusus kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak berkuasa negeri (PBN), Kementerian dan Jabatan, pemain industri, ahli akademik serta pihak berkepentingan lain untuk merancang dan membangunkan bandar pintar yang holistik di Malaysia dan seiring dengan perkembangan semasa.
RKBPM mendefinisikan bandar pintar sebagai:
“Bandar-bandar yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan teknologi canggih bagi menangani isu-isu untuk meningkatkan kualiti hidup, mempromosi pertumbuhan ekonomi, membangunkan persekitaran yang mampan dan selamat serta menggalakkan amalan pengurusan bandar yang cekap.”
(Sumber: RKBPM, Bab 2 - Kerangka Bandar Pintar, m.s.16)
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (RKBPM) 2019-2025 telah menggariskan keperluan pelaksanaan akreditasi bandar pintar yang bermatlamat untuk mewujudkan standard bagi penarafan bandar pintar pada masa akan datang.
Selaras dengan itu, KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah membangunkan Standard Indikator Bandar Pintar, iaitu MS ISO 37122:2019 Sustainable Cities and Communities sebagai penanda aras dalam menentukan tahap pelaksanaan bandar pintar di Malaysia, agar selari dengan penerimapakaian di peringkat global. Standard ini menjadi asas utama dan salah satu kriteria pengukuran kepada penarafan bandar pintar berdasarkan indikator MS ISO 37122:2019.
Pada tahun 2023, KPKT telah memperkenalkan Program Penarafan Bandar Pintar Malaysia. Program ini bertujuan untuk mengiktiraf pihak berkuasa tempatan (PBT) yang telah melaksanakan inisiatif bandar pintar berdasarkan Standard Indikator Bandar Pintar (MS ISO 37122:2019).
Bagi tujuan tersebut, KPKT telah menyediakan Malaysia: Smart City Maturity Journey sebagai hala tuju perancangan dan pelaksanaan agenda bandar pintar oleh 155 PBT di Malaysia. Ia mengandungi tiga (3) komponen dan empat (4) kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh PBT iaitu:
Kriteria 1: Pelan Tindakan Bandar Pintar
Merupakan dokumen utama dalam memandu arah PBT ke arah bandar pintar. PBT seharusnya mempunyai pelan tindakan yang jelas dan komprehensif bagi memastikan pelaksanaan bandar pintar yang sistematik dan holistik.
Kriteria 2: Tadbir Urus Bandar Pintar
Merujuk kepada penubuhan jawatankuasa khusus dan unit khas yang berperanan di peringkat PBT sebagai platform dalam memudahcara perancangan dan pembangunan bandar pintar.
Kriteria 3: Pengurusan Data, Analitik dan Command Center atau Integrated Operation Centre (IOC)
Kriteria 4: Internet of Thing (IoT) dan MS ISO 37122:2019
Penilaian Penarafan Bandar Pintar Malaysia melibatkan empat (4) tahap iaitu:
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) merupakan agensi pusat (central agency) yang bertanggungjawab memainkan peranan utama dalam melaksanakan agenda bandar pintar di Malaysia.
Terdapat empat (4) peranan utama yang perlu dilaksanakan dalam merealisasikan matlamat agenda bandar pintar Malaysia ke arah Smart Nation pada tahun 2040, iaitu:
Platform Bandar Pintar Negara (NSCP) berfungsi sebagai pusat integrasi data yang menggabungkan data bandar pintar dengan maklumat perbandaran yang menjurus kepada 85 indikator bandar pintar. Platform ini dibangunkan melalui Malaysia Urban Observatory (MUO) yang memainkan peranan penting dalam analitik big data. Data NSCP ini akan dapat membantu dan menyokong PBT dalam perancangan ke arah penarafan bandar pintar dan proses membuat keputusan dengan lebih berkesan.
Memainkan peranan sebagai agensi utama yang menyelaras dan menganjurkan Program Penarafan Bandar Pintar, khususnya berkaitan pengiktirafan kepada pihak berkuasa tempatan yang telah berjaya melaksanakan inisiatif bandar pintar berdasarkan Standard Indikator Bandar Pintar (MS ISO 37122:2019).
Menyelaras dan melaksanakan program hebahan dan kesedaran berkaitan konsep dan agenda bandar pintar Malaysia di kalangan masyarakat, pihak berkuasa negeri dan tempatan, sektor swasta, pemain industri, ahli akademik dan pihak lain yang berkepentingan melalui pelbagai inisiatif, latihan, dan program yang berbentuk capacity building, knowledge and technical expert sharing di dalam dan luar negara. Ini bertujuan memastikan semua pihak berkepentingan memahami dan menyokong pelaksanaan bandar pintar di Malaysia.