Memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran yang mampan dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan fizikal, alam sekitar, sosial dan ekonomi negara.
Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadanan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih; atau kawasan khusus; atau pusat pentadbiran daerah walaupun penduduk kurang daripada 10,000 orang dan sekurang-kurangnya 60% penduduk berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.
DPN menggariskan dasar-dasar perbandaran sebagai panduan kepada PBT melaksanakan tindakan-tindakan bagi mewujudkan satu (1) urus tadbir perbandaran (good urban governance) yang efisyen, cekap dan komprehensif.
DPN telah memperincikan tindakan-tindakan yang boleh menjadi panduan kepada PBT untuk meningkatkan kebolehlaksanaan dan daya maju pengangkutan awam dengan penumpuan pembangunan, menggalakkan pembangunan bercampur, memaksimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada serta mengurangkan kos infrastruktur baru, menghidupkan atau menggiatkan pusat bandar, mengekalkan working land base (pertanian, luar bandar, hutan dan lain-lain) dan menentukan kawasan pembangunan masa hadapan.