Garis panduan ini meliputi lima (5) jenis bencana semula jadi utama (bencana geologi atau hidrologi) yang telah digariskan di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) iaitu:
Kelima-lima jenis bencana ini adalah bersifat dinamik dan turut mengakibatkan risiko kehilangan nyawa, kerugian ekonomi dan kemusnahan harta benda.
Bandar berdaya tahan bencana didefinisikan sebagai ‘keupayaan satu sistem bandar dan komuniti yang saling berhubungan dan berupaya untuk melakukan perubahan atau kembali pulih kepada keadaan yang lebih baik selepas berlakunya bencana.’
Terdapat sembilan (9) kualiti karakter bandar berdaya tahan bencana iaitu:
Berupaya berfungsi seperti sedia kala walaupun ditimpa bencana.
Aktiviti guna tanah pelbagai fungsi bagi menyokong antara satu sama lain semasa bencana.
Terdapat komponan sokongan bagi melaksana peranan komponen utama yang mengalami kegagalan semasa bencana.
Keupayaan melaksanakan tindakan pembetulan semasa dan selepas bencana.
Keupayaan belajar dari pengalaman lepas dalam membentuk sistem pengurusan bencana yang lebih baik.
Keupayaan melaksanakan sistem/teknologi terkini untuk penambahbaikan.
Penglibatan semua pihak bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi risiko bencana.
Kerjasama pelbagai pihak secara berintegrasi.
Kapasiti organisasi dan penduduk dalam menghadapi impak bencana.