Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Pekeliling Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Bil 7 Tahun 2023 - GPP Tempat Perkuburan Islam

 

HEBAHAN : GARIS PANDUAN PERANCANGAN TEMPAT PERKUBURAN ISLAM
Tempat perkuburan merupakan salah satu kemudahan asas yang penting dan perlu diambil kira penyediaanya seperti kemudahan masyarakat yang lain. Peningkatan penduduk yang tinggi dan trend perbandaran yang semakin pesat menyebabkan keperluan tempat perkuburan juga semakin meningkat. Rebakan pembangunan dan aktiviti perbandaran menyebabkan kekangan tanah bagi kegunaan tempat perkuburan.Justeru, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah memuktamadkan Garis Panduan Perancangan Tempat Perkuburan Islam yang disediakan sebagai panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak berkuasa Agama Islam dan agensi-agensi teknikal berkaitan dan pemaju atau perunding dalam merancang peletakan tempat perkuburan Islam di dalam rancangan pemajuan dan permohonan kelulusan kebenaran. GPP Tempat Perkuburan Islam ini akan menggantikan GPP Tanah Perkuburan dan Krematorium (GP010-A) yang diterbitkan pada tahun 2011. GPP ini telah melalui beberapa siri penambahbaikan sejak GPP pertama pada tahun 1997 dan edisi ke-2 pada 2011.
 
 
Diterbitkan pada 18 Disember, 2023 Diterbitkan Oleh Muhammad hanif Bin Abdul Aziz