Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara

     
 

Pengenalan

     
  Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) telah ditubuhkan pada tahun 2008 berikutan daripada penstrukturan baru Jabatan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Penubuhan Bahagian ini adalah sebagai Pusat Maklumat Gunatanah Negara yang menawarkan maklumat guna tanah perancangan yang berkualiti bagi merealisasikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sebagai Pusat Kecemerlangan dalam perkhidmatan perancangan bandar dan desa. Selain itu, Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan kepentingan data perancangan yang digunakan dalam pembangunan guna tanah negara.  
     
     

Peranan

  Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN), memainkan peranan dalam:  
     
 
  1. Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan data geospatial merangkumi maklumat guna tanah perancangan negara dan kajian-kajian perancangan lain di peringkat Jabatan;
  2. Mengurus Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan) Jabatan;
  3. Memberi khidmat nasihat teknikal dan latihan yang berkaitan geospatial/GIS;
  4. Mengurus   permohonan data geospatial di peringkat Jabatan kepada pengguna;
  5. Mengadakan kolaborasi data geospatial dengan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri;
  6. Menyediakan Laporan Maklumat Gunatanah Negara;
  7. Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan); dan
  8. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Maklumat Gunatanah (JPMG).
 
     

Fungsi Unit

     
 

I. Unit Maklumat Gunatanah: -

 
     
 
  • Mengurus dan mengemaskini maklumat guna tanah perancangan serta pangkalan data geospatial Jabatan;
  • Mengurus Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan) Jabatan;
  • Menguruskan kolaborasi data geospatial dengan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri;
  • Memberi khidmat nasihat teknikal geospatial dan latihan yang berkaitan geospatial/GIS;
  • Menyediakan Laporan Maklumat Gunatanah Negara sekali setiap 2 tahun;
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan) dua (2) kali setahun; dan
  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Maklumat Gunatanah (JPMG) dua (2) kali setahun.
 
     
     
  II. Unit Khidmat Pengguna: -  
     
 
  • Mengurus, mengumpul, menyimpan dan membekalkan data geospatial Jabatan kepada pengguna;
  • Menyelaras pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) Pengurusan Data Geospatial;
  • Mengemaskini Manual Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Pemajuan dari masa ke semasa;
  • Menyediakan Laporan Penilaian Kualiti Data I-Plan pada setiap tahun;
  • Memberi khidmat nasihat teknikal geospatial dan latihan yang berkaitan geospatial/GIS; dan
  • Merangka aktiviti penyebaran dan publisiti produk jabatan berkaitan GIS.
 
     
     
 
     

Kemaskini pada 2022-12-27 22:03:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page