Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Rancangan Wilayah

     
 

Pengenalan

Bahagian IIA, Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172) memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi sesuatu wilayah yang terdiri daripada satu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih. Antara tugas dan fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah untuk menyediakan Rancangan Wilayah secara komprehensif bagi memandu dan menyelaras pemajuan sesuatu wilayah seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 6A(5)(b) Akta 172.

Definisi Wilayah

Wilayah bermaksud sesuatu kawasan yang menjangkau dua atau lebih kawasan pentadbiran. Menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172, wilayah terdiri dari dua negeri atau lebih. Wilayah yang digariskan dalam RMK 9 merupakan Koridor Wilayah Ekonomi Negara yang meliputi kawasan yang lebih luas merangkumi beberapa negeri. Ianya terdiri daripada Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Tengah, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Wilayah Selatan.  Perancangan wilayah di peringkat conurbation (city region) pula tertumpu kepada conurbation utama negara seperti yang diperuntukkan dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) iaitu Kuala Lumpur Conurbation, Georgetown Conurbation, Kuantan Conurbation dan Johor Bahru Conurbation. 

Rancangan Wilayah

Rancangan Wilayah (RW) merupakan dokumen perancangan yang mengandungi strategi pembangunan spatial untuk mencapai pertumbuhan dan pengagihan seimbang serta untuk mencapai rangka kerja infrastruktur yang bersepadu dan cekap. RW juga dilihat sebagai satu rancangan untuk melampaui sempadan pengurusan pertumbuhan kawasan-kawasan bandaraya atau conurbation (city region). 

Merujuk seksyen 6A(5)(b) untuk membuat dasar dan merangka suatu rancangan wilayah yang komprehensif untuk memandu dan menyelaras pemajuan wilayah itu. Terdapat beberapa Rancangan Wilayah yang telah diterbitkan iaitu;

  1. Rancangan Wilayah Kawasan Persempadanan Antara Negeri Sembilan, Melaka Dan Johor (2018)
  2. Rancangan Wilayah Kuala Lumpur, Selangor Dan Putrajaya 2040 (2017)
 Klik di sini untuk akses dokumen

Jawatankuasa Perancang Wilayah

Jawatankuasa Perancang Wilayah berfungsi untuk menasihati dan membantu Jawatnkuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri di dalam menyelaras pengurusan dan perancangan pembangunan bandar bagi wilayah tersebut mengikut dasar-dasar negara yang telah ditetapkan. Perancangan koridor wilayah ekonomi negara yang telah dikenal pasti oleh kerajaan adalah untuk memastikan pembangunana di antara wilayah dapat dipertingkatkan terutamanya bagi wilayah-wilayah yang ketinggalan akan mendapat manfaat kesan dari pembangunana Kawasan yang lain yang berapa dalam wilayah yang sama. Selain itu, setiap Jawatankuasa Perancang Wilayah yang diwartakan juga mempunyai Monograf selaras dengan seksyen 6A(5)(e) untuk mengawasi pelaksanaan piawaian, garis panduan dan tatacara dalam memudahakan pemajuan wilayah itu.
  1. Jawatankuasa Perancang Wilayah bagi Kawasan Persempadanan Antara Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (JPW NSMJ)
  2. Jawatankuasa Perancang Wilayah bagi kawasan Pekan, Kuantan, Kemaman, Dungun dan Jerantut (JPW PAKADJ)
  3. Jawatankuasa Perancang Wilayah bagi Kawasan Tanah TInggi Cameron Highlands – Kinta – Lojing (JPW CEKAL)
  4. Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi Negeri-Negeri di Utara Semenanjung Malaysia (Negeri Pulau Pinang, Negeri Kedah, Negeri Perak dan Negeri Perlis – JPW PEKA)
 Klik di sini untuk akses dokumen
 
  Klik Di Sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rancangan Wilayah  

Kemaskini pada 2022-12-21 21:59:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page