Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Rancangan Pemajuan Nasional

Pengenalan

Rancangan Pemajuan Nasional adalah merupakan merupakan dokumen dan pelan induk sektoral yang menterjemahkan strategi yang digariskan dalam Rancangan Fizikal Negara atau RFN untuk perincian panduan bagi pembangunan negara

Pelan Induk Perancangan Bersepadu Guna Tanah & Pengangkutan Awam Laluan Mass Rapid Transit (MRT)

Pelan Induk Perancangan Bersepadu Gunatanah dan Pengangkutan Awam Laluan MRT Selangor-Kuala Lumpur bermatlamat untuk menghasilkan satu pelan induk perancangan pembangunan guna tanah bersepadu di dalam kawasan tampungan jajaran MRT yang merentasi Negeri Selangor-Kuala Lumpur ke arah meningkatkan keberkesanan penggunaan sistem pengangkutan awam bandar. 
  1. Pelan Induk Perancangan Bersepadu Gunatanah dan Pengangkutan Awam Laluan MRT Selangor-Kuala Lumpur bermatlamat untuk menghasilkan satu pelan induk perancangan pembangunan guna tanah bersepadu di dalam kawasan tampungan jajaran MRT yang merentasi Negeri Selangor-Kuala Lumpur ke arah meningkatkan keberkesanan penggunaan sistem pengangkutan awam bandar.
  2. Pelan Induk Perancangan Bersepadu Guna Tanah dan Pengangkutan Awam Laluan MRT Sungai Buloh - Serdang- Putrajaya (Selangor - Kuala Lumpur - Putrajaya)(Laluan 2)
 Klik di sini untuk akses dokumen

Projek Kajian Semula Pelan Induk Rangkaian Ekologi- Central Forest Spine (CFS)

Central Forest Spine seperti yang diterjemahkan di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan tulang belakang bagi rangkaian Persekitaran Kawasan Sensitif dalam Semenanjung Malaysia, yang terdiri daripada empat kelompok hutan. Objektif pelan induk CFS antaranya adalah untuk membina semula , mengekalkan dan meningkatkan hubungan di antara baki kawasan hutan utama di Semenanjung Malaysia. 
  1. ‘Central Forest Spine’ - I & II (Pelan Induk Rangkaian Ekologi)
  2. Kajian Semula Pelan Induk Rangkaian Ekologi- Central Forest Spine (CFS)
 Klik di sini untuk akses dokumen

Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN 2)

Dokumen perancangan pembangunan negara yang ditunjangi oleh Rancangan Fizikal Negara atau RFN, PLANMalaysia telah menghasilkan Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara-2 (RFZPPN-2) iaitu satu dokumen lengkap berkaitan perancangan khusus bagi zon persisiran pantai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. RFZPPN memberikan tumpuan yang lebih kepada aspek perancangan risiko geobencana, ciri muka bumi, aset biodiversiti, dan aktiviti sosio-ekonomi bagi kawasan persisiran pantai.
  1. Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN-1)
  2. Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara 2 (RFZPPN-2)
 Klik di sini untuk akses dokumen

Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KaGuMN)

Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KaGuMN) merupakan satu dokumen lengkap berkaitan perancangan khusus bagi sekuriti makanan negara. Menyediakan Pelan Induk Guna Tanah bagi Pengekalan, pemeliharaan, Pemuliharaan dan Peningkatan Kawasan Sumber Makanan Negara Menjelang 2040. Kajian untuk perancangan guna tanah bagi Kawasan sumber makanan negeri yang terdiri daripada tanaman makanan, aktiviti perikanan dan penternakan di Semenanjung  Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk menjamin Sekuriti Makanan Negara menjelang Tahun 2040 dan selaras dengan sasaran DAN 2.0
  1. Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KaGuMN)
              Klik di sini untuk akses dokumen

Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (PeGTaECRL)

Kajian Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur(ECRL) bermatlamat untuk memacu perubahan guna tanah mampan dan keseimbangan pembangunan antara Wilayah Pantai Timur dan Wilayah Pantai Barat Negara. ECRL yang berkuasa elektrik dengan berkelajuan 160km/jam bagi perkhidmatan penumpang dan 80km/jam bagi perkhidmatan kargo mempunyai jajaran sejauh 665km dengan 20 stesen.
  1. Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (PeGTaECRL)
                          Klik di sini untuk akses dokumen

Pelan Tindakan Pembangunan Bersepadu Guna Tanah di Lembangan Sungai

Kajian ini adalah penyelesaian isu-isu banjir yang menjadi punca kerencatan pertumbuhan pembangunan di kawasan lembangan sungai. Keperluan kajian memberikan tumpuan kepada penyelesaian isu-isu banjir yang memberikan kesan kepada kerencatan pertumbuhan pembangunan di kawasan lembangan sungai.
  1. Kajian Pelan Tindakan Pembangunan Bersepadu Gunatanah Di Lembangan Sungai Kelantan
  2. Pelan Tindakan Pembangunan Bersepadu Gunatanah Di Lembangan Sungai Pahang
 Klik di sini untuk akses dokumen


Kemaskini pada 2022-12-21 12:07:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page