Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Rancangan Tempatan

     
 

Pengenalan

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) telah memperuntukkan penyediaan Rancangan Tempatan iaitu di bawah Seksyen 12 hingga 16. Berdasarkan kepada Subseksyen 12(3) Akta 172, RT perlu mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah membuat rumusan yang mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi:

  • Memajukan dan menggunakan tanah;
  • Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal;
  • Memelihara topografi semula jadi;
  • Memelihara dan menanam pokok;
  • Memperelok landskap;
  • Mengadakan tanah lapang;
  • Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan;
  • Memperbaiki sistem komunikasi; dan
  • Mengendalikan pengurusan lalu lintas.

Rancangan Tempatan juga mengandungi perkara-perkara yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN). Selain itu, subseksyen 12(4), Akta 172 juga menjelaskan bahawa Rancangan Tempatan hendaklah juga mengandungi dan disertakan dengan gambarajah, gambaran-gambaran dan bahan-bahan yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan-cadangan di dalam rancangan itu.

Status Kemajuan Rancangan Tempatan (RT)

Dokumen Perancangan

Nama Dokumen Link Muat Turun
JADUAL STATUS PEWARTAAN RT 4.0 KESELURUHAN
 
     

Kemaskini pada 2022-09-30 10:34:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page