ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, KELANTAN 2035 (PENGGANTIAN)

Nov 08, 2023 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, KELANTAN 2035 (PENGGANTIAN)PADA 14 NOVEMBER – 13 DISEMBER 2023Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Kelantan 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi kawasan Majlis Daerah Ketereh untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukan Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Jajahan Kota Bharu 2020 (Majlis Daerah Ketereh).Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (14 November 2023 sehingga 13 Disember 2023) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang terkandung di dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 13 Disember 2023 (Rabu) melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di 3 lokasi pameran tetap seperti berikut:   i. Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam  ii. Lobi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu iii. Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan Kompleks Kota Darulnaim, Kota BharuMasa semakan:Ahad – Rabu (8.30 pagi – 4.30 petang) Khamis, (8.30 pagi – 3.00 petang)Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut :     i. Pn. Norasniza binti Hamzah (Pengurus Projek) di talian 019-9121179 atau;    ii. En. Abd. Rahman bin Mustapha (Bahagian Perancangan dan Bangunan) di talian 013-9905838 atau;   iii. En. Sabry bin Hamid (Peg. Perancang Bandar) di talian 019-9106881 atau;   iv. En. Muhamad Alif bin Hashim (Pegawai Perancang Bandar PM@K) di talian 018-9497844Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Awam DRTMDKPI, Kelantan 2035 (P) boleh didapati melalui pautan berikut:1. Dokumen RT Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Kelantan 2035 (Penggantian)      i. Jilid 1     ii. Jilid 2    iii. Jilid 32. Ringkasan Eksekutif     i. Bahasa Melayu     ii. English3. Banner Laman Web4. Risalah5. Panel Pameran6. Borang Maklum Balas7. Borang Maklum Balas Melalui Pautan8. Bunting...

Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035 (Penggantian)

Nov 09, 2022 -Draf Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Pasir Puteh 2035 (Penggantian) merupakan sebuah dokumen yang disediakan bagi menggantikan rancangan pemajuan terdahulu iaitu Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2020 yang telah diwartakan pada 20 Disember 2012 melalui Warta Kerajaan Negeri No. 2079 dan telah tamat tempoh perancangannya.Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035 (Penggantian) ini merangkumi :Jilid I : Pernyataan Bertulis, Hala Tuju & Strategi PembangunanJilid II : Peta Cadangan Guna Tanah dan Kawalan PembangunanJilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan ProjekProgram Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan bermula pada 17 Oktober – 30 November 2021 yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Jajahan Pasir Puteh yang terkandung di dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 30 November 2021.Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Draf Laporan RTJPP Jilid 1Muat-Turun2.Draf Laporan RTJPP Jilid 2Muat-Turun3.Draf Laporan RTJPP Jilid 3Muat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.Panel PameranMuat-Turun6.Feature ArticleMuat-Turun7.Risalah ProgramMuat-Turun8.Borang MaklumbalasMuat-Turun9.BannerMuat-Turun10.BuntingMuat-Turun11.Notis AkhbarMuat-Turun12.PosterMuat-Turun13.Borang Bantahan (Online)Muat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Jajahan Kuala Krai 2035 (Penggantian)

Nov 09, 2022 -Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang disediakan selaras dengan peruntukan seksyen 12, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).Menurut peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan telah dinyatakan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam Subseksyen 16 (1) dan Subseksyen 16 (2).Wawasan Pembangunan RTJKK 2035 terbahagi kepada dua iaitu merangkumi Daerah Kuala Krai dan Dabong seperti berikut:“Kuala Krai Bandar Berdaya Tahan dan Berdaya Huni”“Dabong Gerbang Eko-Pelancongan Lestari”Matlamat Pembangunan“Membangunkan Jajahan Kuala Krai sebagai pusat agro-pelancongan dan eko-pelancongan yang unggul dan komprehensif serta berdaya tahan, berdaya huni dan mampan kearah mencapai kesejahteraan ekonomi dan sosial”Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Laporan RT Jilid 1Muat-Turun2.Laporan RT Jilid 2Muat-Turun3.Laporan RT Jilid 3Muat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.RisalahMuat-Turun6.Panel Pameran 1Muat-Turun7.Panel Pameran 3Muat-Turun8.Panel Pameran 5Muat-Turun9.Panel Pameran 20Muat-Turun10.BannerMuat-Turun11.BuntingMuat-Turun12.Notis Akbar BMMuat-Turun13.Notis Akbar BIMuat-Turun14.PosterMuat-Turun15.Borang MaklumbalasMuat-Turun16.Borang Bantahan OnlineMuat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Kubang Kerian Bandar D’Raja Al-Muhammadi

Nov 09, 2022 -APA ITU RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)?Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu bentuk rancangan pemajuan yang terperinci untuk tujuan pelaksanaan pembangunan dan pengurusan sesuatu kawasan di mana ianya adalah untuk pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu dan jenis pengolahan yang dicadangkan. Rancangan kawasan khas ini telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri/ Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.Hasil utama RKK adalah Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali.Pelan Tindakan Pembangunan1. Pelan Kawasan Tindakan Pembangunan2. Pelan Susun Atur/ Pengezonan3. Garis PanduanPelan Pengurusan Dan Pelaksanaan Program1. Pelan PengurusanPERUNTUKAN AKTA 172Keperluan penyediaan RKK dinyatakan dalam Subseksyen 16B(1), (2) dan (3)Akta 172 pindaan tahun 2001 (Akta A1129 ).SUBSEKSYEN 16B(1)Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)  boleh menyampaikan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri cadangan untuk menyediakan (Penetapan) RKK bagi suatu kawasan khas .RKK perlu mengandungi cadangan tindakan khusus yang terperinci bagi tujuan sama ada untuk, memajukan,  memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara atau tujuan pengurusan kawasan. RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatkuasanya sesuatu Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan .SUBSEKSYEN 16B(2)Jawatankuasa akan menentukan sama ada Pengarah JPBD Negeri  atau PBPT yang berkenaan diberi diberi tanggungjawab menyediakan RKK .SUBSEKYEN 16B(3)RKK hendaklah disediakan dengan prosedur atau cara yang sama sebagaimana Rancangan Tempatan (RT) disediakan tetapi hendaklah dimasukkan panduan yang terperinci  berkenaan cara-cara pelaksanaan dan pengurusannya dan RKK hendaklah mempunyai kuat kuasanya seperti Rancangan Tempatan .Sumber : Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)KEPERLUAN RKK KUBANG KERIAN BANDAR D’RAJA AL-MUHAMMADIMentafsir strategi negara dan negeri seperti RFN 3, DPN 2, RSNK 2040 dan Draf RT MPKB-BRI, Kelantan 2035 (Penggantian).Menghasilkan dokumen perancangan lengkap untuk dijadikan panduan pembangunan bagi meningkatkan karakter dan imej Kubang Kerian sebagai Bandar D’Raja serta Pusat Pertumbuhan NegeriMerancang dan menyusun atur guna tanah yang lebih sistematikMemperkukuh dan mempelbagai ekonomi bandar dengan pengenalan kepada sektor ekonomi baharuMerancang petempatan, kemudahan dan persekitaran kehidupan yang kondusifMenerapkan aplikasi smart city dan menerapkan konsep low carbon cityMenerapkan konsep blue-green infrastructureTuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Laporan RKKMuat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.BannerMuat-Turun4.BuntingMuat-Turun5.Notis AkbarMuat-Turun6.Bahan PameranMuat-Turun7.ArtikelMuat-Turun8.Borang MaklumbalasMuat-Turun9.Borang Bantahan OnlineMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kota Bahru Bandar Raya Islam Kelantan 2035 (Penggantian)

Nov 09, 2022 -Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kota Bahru Bandar Raya Islam Kelantan 2035 (Penggantian) menggantikan Rancangan Tempatan Jajahan Kota Bharu 2020 (RT Kota Bahru) yang telah ddiwartakan pada 17 Februari 2011 melalui Warta Kerajaan Negeri Kelantan No. 298. Kajian ini memfokuskan kepada kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bahru Bandar Raya Islam sahaja.BILPERKARADOKUMEN1.BannerMuat-Turun2.Borang BantahanMuat-Turun3.FlyersMuat-Turun4.PameranMuat-Turun5.PosterMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2020

Nov 09, 2022 -Laporan Draf RT Daerah Kerian merupakan satu dokumen perancangan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot bagi seluruh Daerah Kerian memandangkan ketiadaan satu dokumen perancangan yang menyeluruh bagi menjadi rujukan perancangan gunatanah dan fizikal bagi seluruh Daerah Kerian bagi jangkamasa 2010-2020. RT Daerah Kerian disediakan mengikut Seksyen 12 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Penyediaan Draf RT Kerian telah melalui beberapa peringkat kajian dan telah dibentangkan kepada beberapa mesyuarat penyelaras Pasukan Kajian dan Teknikal serta melalui rundingan dan kolabrasi antara agensi pelaksana peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. DRT Daerah Kerian akan dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan mengenai isi kandungannya (Seksyen 13(1)). RT Daerah Kerian ini kemudiannya akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatakuasa Perancangan Negeri Perak (Seksyen 15 (1)) dan akan menggantikan semula Rancangan Tempatan terdahulu yang telah disediakan oleh Majis Daerah Kerian di bawah peruntukkan Akta 172.Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Bahan PameranPermohonan Melalui Emel3.Notis Akhbar BM | Notis Akhbar BIMuat-Turun BM | Muat-Turun BI4.PosterMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.PampletMuat-Turun8.Borang Bantahan AwamMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Machang 2020

Nov 09, 2022 -Jajahan Machang mempunyai keluasan sebanyak 52,791.17 hektar dengan bilangan penduduk pada tahun 2010 dianggarkan seramai 93,807 orang. Jajahan Machang ini terdiri daripada 6 daerah iaitu Pulai Chondong, Labok, Ulu Sat, Pangkal Meleret, Panyit dan Temangan. Tumpuan petempatan penduduk adalah di Daerah Ulu Sat, Pulai Chondong dan Labok. Lokasi kedudukan Jajahan Machang adalah strategik kerana terletak di tengah-tengah negeri Kelantan dan turut berada di dalam dua koridor utama iaitu koridor Timur-Barat (Grik-Kota Bharu) dan koridor Kota Bharu-Gua Musang yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi dan perbandarannya. Asas ekonomi Jajahan Machang adalah sektor pertanian dengan guna tanah pertanian seluas 26,313.17 hektar yang mana tanaman utamanya adalah getah dan padi.Potensi tanah pertanian yang luas ini boleh dimanfaatkan sebagai penjana sumber aktiviti pembuatan dan pemprosesan makanan. Untuk menjadikan Machang sebagai wilayah ekonomi pertanian dan perindustrian asas tani, satu pusat pembangunan Industri Asas Tani telah dicadangkan di Labok dengan menerapkan konsep ’Halal Park’. Industri Asas Tani ini dijangka dapat meningkatkan food security negara melalui transformasi cara pengurusan yang berorientasikan komersial dengan meningkatkan produktiviti dan dayasaing sektor pertanian melalui pemindahan teknologi. Bandar Machang yang merupakan Pusat Pentadbiran Utama bagi Jajahan Machang akan diberikan imej yang lebih menarik di mana bangunan-bangunan pentadbiran dan kuarters kerajaan akan dibangunkan semula dengan pembangunan yang lebih ekonomik.Cadangan pengukuhan imej dan reka bentuk pusat bandar akan menerapkan tema ‘islamic city’ dengan cadangan seperti Kota Tadbir, boulevard, menara tinjau, pintu gerbang, street mall dan bangunan-bangunan baru yang mengambilkira aspek rekaan bercirikan islamik geometri. Banggol Judah pula akan dibangunkan sebagai bandar ilmu dengan menyediakan lebih banyak kemudahan dan prasarana pendidikan. Penyediaan kemudahan institusi dan masyarakat yang mencukupi, berkualiti dan diintegrasikan dengan pembangunan perumahan dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup penduduk di Jajahan Machang. Orang awam adalah dialu-alukan untuk membuat semakan kepada laporan dan pelan-pelan perancangan tersebut di Pejabat Majlis Daerah Machang, Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan dan Unit Rancangan Pembangunan Kota Bharu. Tempoh publisiti bermula dari 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011.Masa semakan bermula pada jam 9.00 pagi – 5.00 petang (Ahad-Rabu) dan jam 9.00 pagi – 3.30 petang (Khamis). Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Bahan PameranMuat-Turun3.ArtikelMuat-Turun4.PosterMuat-Turun5.RisalahMuat-Turun6.BannerMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Tanah Merah 2020

Nov 09, 2022 -Jajahan Tanah Merah ditubuhkan pada 2 Februari 1955. Nama Tanah Merah diambil bersempena tanah yang berwarna merah yang terdapat di Bandar Tanah Merah pada suatu ketika dahulu. Menurut sejarah, nama Tanah Merah ini dinamakan oleh penduduk Kusial Baru. Tanah yang dimaksudkan ialah sejenis tanah laterit yang memanjang di tepi tebing Sungai Kelantan yang terletak di Kampung To’ Cho Bor dalam jajahan Machang bertentangan dengan Kampung Kusial Baru. Penduduk dari kampong To’ Cho Bor dan Kampung Kusial Bharu telah membuka satu perkampungan berhampiran Bukit Remah di mana tanah di kawasan tersebut adalah kemerah-merahan. Setelah tanah ini diterokai lalu ia dinamakan dengan Tanah Merah. Jajahan ini juga disempadani Negara Thailand (Buketa) di bahagian Barat Laut yang merupakan pintu masuk ketiga utama ke Negeri Kelantan. Jajahan ini juga dihubungkan dengan sistem perhubungan yang baik iaitu Jalan Machang – Jeli dan Jalan Kuala Krai – Tanah Merah.Rancangan Tempatan Jajahan (RTJ) Tanah Merah ini disediakan bagi tujuan menterjemahkan Rancangan Struktur Negeri Kelantan, 2020 yang telah diwartakan pada 1 Januari 2009 dan merupakan lanjutan dari Rancangan Tempatan Tanah Merah, 1999 – 2010 yang telah diwartakan pada 27 Mac 2003 dan akan digunapakai sehingga tahun 2013 (tempoh lanjutan dari tahun 2010). Rancangan Tempatan ini akan menjadi alat dalam memandu dan merancang pembangunan Jajahan Tanah Merah sehingga Tahun 2020 selaras dengan senario, trend pembangunan, kedudukan dan peranan Jajahan Tanah Merah di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Negeri Kelantan.Kawasan Rancangan Tempatan Jajahan Tanah Merah melibatkan keseluruhan Jajahan Tanah Merah dengan keluasan 86,760 hektar yang merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Kusial, Ulu Kusial dan Jedok yang melibatkan 15 mukim dan menampung penduduk seramai 116,182 orang pada tahun 2010. Tahun 2010 telah mencatatkan keluasan tanah pertanian seluas 52,414.23 hektar dan diikuti oleh gunatanah perhutanan seluas 27,007 hektar. Bandar Tanah Merah merupakan Pusat Pertumbuhan Utama bagi Jajahan Tanah Merah yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan bagi kawasan Jajahan Tanah Merah. Selain Bandar Tanah Merah, pusat-pusat pertumbuhan utama lain adalah seperti Bukit Bunga, Batang Merbau, Batu Gajah, Gual Ipoh, Kusial Baru, Kuala Tiga, Bukit Panau dan Bukit Mas yang berfungsi sebagai pusat perdagangan bagi keperluan tempatan.Rancangan Tempatan Jajahan Tanah Merah ini mempunyai wawasan untuk “membolehkan dan menjadikan Jajahan Tanah Merah sebagai kawasan penempatan yang kondusif serta disokong oleh pembangunan ekonomi yang berdaya saing, peningkatan kualiti hidup yang mampan dan pengurusan sumber jaya yang cekap menjelang tahun 2020”. Konsep Pembangunan Seimbang dan Bersepadu telah dirangka sebagai asas kepada peta cadangan gunatanah yang menunjukkan jenis kegunaan tanah bagi seluruh lot tanah di Jajahan Tanah Merah sehingga tahun 2020.Tumpuan PembangunanZon keutamaan pembangunan yang melibatkan pusat pertumbuhan utama iaitu Bandar Tanah Merah sebagai pusat pentadbiran, perniagaan dan kediaman (domitori) menjelang tahun 2020, di samping pusat petempatan kecil yang lain seperti pekan Gual Ipoh, Batu Gajah, Batang Merbau, Kusial Baru, Kuala Tiga dan Bukit Panau sebagai pusat perbandaran sokongan.Bandar Bukit Bunga sebagai Bandar pelancongan sempadan selaras dengan wawasan menjadikan Bukit Bunga sebagai Pekan Membeli belah dan “Pintu Masuk” Sempadan.Cadangan pembangunan utama di Bandar Tanah Merah melibatkan cadangan seperti Merah Walk, Tanah Merah Central, Merah Riverfront, Merah Square, Taman Bandar, Taman Rekreasi Maka, Padang MDTM, Taman Istana, Taman Bentara dan lain-lain.Pembangunan kawasan perindustrian terancang di Tanah Merah dan Batang Merbau serta penempatan semula industry sedia ada di akwasan Bandar Tanah Merah mengikut kesesuaian kluster seperti kluster perkayuan, burung walit, bahan binaan, IKS dan perkhidmatan.Cadangan pembinaan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Tanah Merah yang menggabungkan stesen keretapi, stesen bas dan stesen teksi di satu tempat yang strategik di dalam Bandar di samping cadangan lintasan keretapi tidak searas yang menjadi laluan alternatif.Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Bahan Pameran PerasmianMuat-Turun3.Bahan PameranMuat-Turun4.ArtikelMuat-Turun5.RisalahMuat-Turun6.BannerMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Kuala Krai 2020

Nov 09, 2022 -Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 227, 670 hektar meliputi tiga buah daerah yang ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu majlis Daerah Kuala Krai bagi Daerah Batu Mengkebang dan Majlis Daerah Dabong bagi Daerah Olak Jeram dan Daerah Dabong. Jumlah penduduk seramai 101,370 orang pada tahun 2010 yang majoritinya adalah orang Melayu dan kadar pertumbuhannya kurang daripada satu peratus. Guna tanah semasa yang terbesar di jajahan ini didominasi oleh perhutanan dengan 129,000 hektar (57%) diikuti pertanian seluas 89,180.67 hektar (39%). Kawasan tepu bina hanyalah seluas 4,920.10 hektar (2%) sahaja. Kehijauan alam semula jadinya serta rupa bentuk yang unik menjadikan jajahan ini kaya dengan sumber alam semula jadi seperti hutan, gunung, bukit, air terjun, gua dan sumber tempatan yang wajar dipelihara untuk kelestraian pada masa hadapan.Di sinilah terdapatnya Taman Negeri Gunung Stong telah disenaraikan dikedudukan ke lima destinasi unik eko lancong di Malaysia. Taman ini mempunyai keluasan 21,950 hektar yang diperkayakan dengan sejumlah puncak gunung, gua batu kapur, litupan hutan simpan dan jaringan sungai yang di sulami jeram dan air terjun. Memperkasakan produk pelancongan dengan kemudahan asas dan kemudahsampaian merupakan salah satu rancangan pembangunan untuk jajahan ini. Kedapatan dua bandar utama iaitu Bandar Kuala Krai yang akan dimajukan sesuai dengan peranannya sebagai pusat ekonomi, pusat warisan dan budaya serta pusat pengangkutan bagi jajahan dan wilayah ini. Sementara Pekan Dabong pula merupakan gerbang dan transit alam semula jadi denganpotensi Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang sebagai tarikan pelancongan semula jadi.Bandar Kuala Krai dan di bahagian utaranya berpotensi untuk dijadikan kawasan penternakan burung walit serta menghasilkan kualiti sarang burung antara yang terbaik di dunia. Pembukaan kawasan industri bersepadu bagi penternakan burung walit (Krai Eco Park) mampu menjadi ikon baru untuk menarik pengusaha dari luar. Pembinaan Empangan Lebir (270MW) dan Nenggiri (416MW) dijangka dapat menampung keperluan bekalan elektrik, mengurangkan masalah banjir dan menyelesaikan masalah air bersih di Jajahan Kuala Krai serta Negeri Kelantan khususnya. Keistimewaan dan keunikan Jajahan Kuala Krai ini didokumenkan dalam Rancangan Tempatan Kuala Krai 2020 yang memberi peluang kepada orang awam membuat cadangan ke arah merealisasikan wawasan pembangunan, Kuala Krai Makmur Lestari, Dabong Gerbang Semula Jadi. Publisiti akan diadakan pada 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011.Orang awam boleh membuat semakan kepada rancangan tempatan dan pelan-pelan perancangan berkenaan di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan, Majlis Dearah Kuala Krai, Majlis Dearah Dabong, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai dan Majlis Daerah Dabong Cawangan Laloh pada waktu pejabat. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Bahan PameranMuat-Turun3.Jilid I : Pernyataan BertulisMuat-Turun4.Jilid II : Peta CadanganMuat-Turun5.ArtikelMuat-Turun6.PosterMuat-Turun7.RisalahMuat-Turun8.BannerMuat-Turun9.BuntingMuat-Turun10.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Pasir Puteh 2020

Nov 09, 2022 -Sejarah perjuangan Tok Janggut tidak dapat dipisahkan dengan Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Jajahan Pasir Puteh akan dibangunkan dan dirancang kepada tempat yang sesuai didiami dan bekerja menerusi perancangan yang baik dalam mentranformasikan pembangunan negara yang lebih cemerlang pada depan dan untuk generasi akan datang. Jajahan Pasir Puteh mempunyai luas 42,302.00 hektar adalah kawasan berciri fizikal unik iaitu keadaan tanah yang berbukit-bukit dan tanah rendah. Sebahagian besar bahagian Timur merupakan kawasan landai dengan kebanyakan kawasan adalah kawasan rendah yang sesuai untuk pertanian padi.Manakala jumlah penduduk jajahan ini pada tahun 2010 seramai 113,069 orang. Tumpuan petempatan penduduk adalah di lembangan subur Jelapang Padi di Sungai Rasau dan Sungai Semerak. Jajahan ini juga sinonim dengan pantai yang bersih yang terletak bertentangan dengan Laut China Selatan, iaitu Pantai Bisikan Bayu, Semerak dan Pantai Tok Bali. Tok Bali akan dibangunkan sebagai bandar pelabuhan berteraskan kepada industri maritin dan pelancongan serta penempatan pusat pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dengan industri marin, keselamatan, kesihatan dan juga institusi pendidikan. Jajahan ini juga berpotensi sebagai kawasan pelancongan sejarah perjuangan Tok Janggut dan pelancongan warisan.Pasir Puteh juga akan menjadi kawasan industri gas dengan adanya penyaluran gas oleh Trans- Nusantara Pipeline yang akan mempunyai terminal gas di utara kawasan Tok Bali (Melawi Bachok). Selain daripada itu, bandar Pasir Puteh juga akan diberi penambahbaikan imej perbandaran yang lebih efisien dengan penambahan kemudahan-kemudahan baru seperti pasar baru, terminal bus, bazar, perkedaian dan rangkaian jalan yang lebih efisien. Orang awam boleh membuat semakan kepada Laporan dan pelan-pelan perancangan tersebut di Pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh dan Pejabat Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kelantan dalam tempoh publisiti bermula jam 9.00 pagi -5.00 petang (Ahad-Rabu), jam 9.00 pagi – 3.30 petang (Khamis) sepanjang 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011.Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Bahan PameranMuat-Turun3.ArtikelMuat-Turun4.RisalahMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.PemberitahuanMuat-Turun7.Notis AkhbarMuat-Turun8.Borang Bantahan AwamMuat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti