ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM LAPORAN TINJAUAN KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERLIS 2040 (KAJIAN SEMULA)

Dec 20, 2024 - PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM LAPORAN TINJAUAN KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERLIS 2040 (KAJIAN SEMULA) Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) disediakan bagi menggantikan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 yang telah disediakan pada tahun 2010 dan diwartakan pada 6 Disember 2012 (Warta Kerajaan Jilid 55 No.25 Tambahan No.1). Penyediaan dokumen RSN ini akan melibatkan 4 peringkat penyediaan laporan utama iaitu Laporan Awal, Laporan Teknikal, Laporan Tinjauan dan Draf Rancangan Struktur. Laporan Tinjauan merupakan laporan yang mengandungi maklumat, pencapaian dan potensi semasa Negeri Perlis berdasarkan kepada sektor-sektor yang dikaji. Laporan ini akan dipublisitikan selama 1 bulan bagi memberi peluang kepada pihak awam untuk mengemukakan pandangan dan cadangan. Pandangan dan cadangan yang diterima oleh Pengarah Negeri ini kemudiannya akan diambilkira di dalam penyediaan awal Draf Rancangan Struktur selaras dengan subseksyen 9(1), Akta 172. Program Publisiti dan Penyertaan Awam Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) akan diadakan selama 4 minggu  bermula pada 16 Disember 2024 sehingga 16 Januari  2025 dan selari dengan Subseksyen 9(1)(a) Akta 172 yang bertujuan untuk memaklumkan dan mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada orang awam dan pihak yang berkepentingan terhadap cadangan dan strategi pembangunan yang telah dirangka untuk pembangunan di Negeri Perlis. Program Publisiti dan Penyertaan Awam Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) ini akan diadakan di 3 lokasi tetap  dan 4 lokasi bergerak seperti berikut :- Lokasi Tetap  Tarikh : 16 Disember 2024 – 16 Januari 2025 Hari dan Masa : Isnin – Jumaat (9.30 pagi – 4.30 petang) 1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis  (PLANMalaysia Perlis) 2. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) 3. Majlis Perbandaran Kangar, Perlis   Lokasi Bergerak Hari dan Masa : Ahad – Jumaat (10.00 pagi – 5.00 petang) 1. Konkos Kuala Perlis, Perlis  (16 – 23 Disember 2024) 2. C-MART Arau, Perlis (24 – 31 Disember 2024) 3. Plaza Niaga Padang Besar, Perlis (1 – 9 Januari 2025) 4. Pusat Khidmat Dun Sanglang ( 9 – 16 Januari 2025) Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap laporan tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 23 Januari 2025.    Semakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :- 1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0) 2. Laman Web PLANMalaysia Perlis  3. Laman Web Majlis Perbandaran Kangar, Perlis    Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) boleh didapati melalui pautan berikut :- 1. Dokumen Laporan Tinjauan 2. Ringkasan Laporan Tinjauan 3. Risalah 4. Poster 5. Streamer 6. Borang Bantahan   Sebarang pertanyaan boleh menghubungi dan diemailkan kepada:- Pengarah  PLANMalaysia Perlis Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan, 01000, Kangar< Perlis No. Tel : 04-9708448 Email : rancamaju.perlis@gmail.com ...

Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar 2020

Nov 08, 2022 -Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar (RTMPK) 2020 disediakan selaras dengan peruntukan Subsekyen 12 (1) Akta 172, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, merupakan perancangan pembangunan di hierarki peringkat ketiga dalam sistem perancangan guna tanah dan fizikal negara iaitu selepas RFN dan RSN Perlis. RTMPK adalah dokumen perancangan yang mengandungi Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis yang memperincikan cadangan-cadangan pemajuan tanah di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sehingga tahun 2020. RTMPK juga menrterjemahkan dasar-dasar kerajaan peringkat nasional, negeri dan peringkat kerajaan tempatan.Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.ArtikelMuat-Turun3.RisalahMuat-Turun4.PosterMuat-Turun5.Borang Bantahan dan RepresentasiMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar Perlis 2035 (Penggantian)

Nov 08, 2022 -RT MPKPs 2035 (Penggantian) disediakan mengikut Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar 1976 (Akta 172). Kawasan Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis 2035 meliputi keseluruhan Negeri Perlis. Keluasan kawasan kajian meliputi keseluruhan kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar iaitu 81,931.20 hektar. Kawasan RT MPKPs ini juga terdiri daripada 22 buah mukim. Bagi memandu perancangan secara bersepadu dan saling melengkapi, empat (4) Blok Perancangan (BP) dibentuk dengan peranan dan fungsi masing-masing.Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Jilid 1Muat-Turun2.Jilid 2Muat-Turun3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun4.Borang BantahanMuat-Turun5.Streamer dan BannerMuat-Turun6.Bahan PameranMuat-Turun...

Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030

Nov 08, 2022 -Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 merupakan Pelan Pembangunan Strategik yang mengandungi pernyataan dasar, strategi dan cadangan am serta arah tuju pembangunan untuk memandu pembangunan fizikal. Negeri Perlis untuk jangka masa hingga 2030 dan merupakan asas kepada pembentukan Rancangan Tempatan. Penyediaannya adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang meliputi keseluruhan Negeri Perlis dengan merangkumi kawasan seluas 81,931 hektar (810 km persegi).Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan seperti berikut :-BILPERKARADOKUMEN1.Bahan PameranMuat-Turun2.ArtikelMuat-Turun3.RisalahMuat-Turun4.PosterMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.StreamerMuat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti