ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR LABUAN 2040

Jan 12, 2024 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR LABUAN 2040PADA 13 JANUARI 2024 – 29 FEBRUARI 2024Rancangan Struktur (RS) Labuan 2040 merupakan dokumen perancangan statutori yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Wilayah Persekutuan Labuan (WP Labuan) sehingga tahun 2040. Menurut Subseksyen 8(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], RS didefinisikan sebagai suatu penyataan bertulis yang merumuskan dasar dan cadangan am Perbadanan Labuan berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah di dalam Wilayah Persekutuan Labuan dan disokong oleh gambar rajah utama.Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 13 Januari 2024 sehingga 29 Februari 2024 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Struktur Labuan 2040 (DRS Labuan 2040). Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) di mana sebelum Draf Rancangan Struktur diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RS tersebut di lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam sebelum atau pada 28 Februari 2024 (Rabu) melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di lokasi pameran tetap seperti berikut :LOKASI TETAPJabatan Perancangan & Kawalan Pembangunan, Perbadanan Labuan Masa semakan:Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 4.30 petang)Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut :En. Ag. Aizal Bin Ag. Anak (087-408 751)En. Ahmad Fuad Bin Mohd Daim (087-408 752)Pn. Mariam Binti Sikau (087-408 752)En. Md Azizon Bin Mat Usof (087-408 752) Tuan/Puan juga boleh memuat turun bahan-bahan publisiti dan borang maklum balas pelanggan melalui pautan berikut :BILPERKARADOKUMEN Laporan Draf Rancangan Struktur Labuan 2040Muat Turun Ringkasan EksekutifMuat Turun RisalahMuat Turun StreamerMuat Turun BannerMuat Turun Borang Bantahan AwamMuat Turun Iklan PublisitiMuat Turun Pop UpMuat Turun Roll UpMuat Turun BackdropMuat Turun BillboardMuat Turun#DRSLabuan2040#PLANMalaysia#URP4/PPZT#pejabatprojekzontengah#MalaysiaMadani...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti