ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

NOTIS PUBLISITI AWAL: PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN)

Dec 30, 2025 -NOTIS PUBLISITI AWAL: PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN)SUARA ANDA, MASA HADAPAN MANJUNG: SERTAI KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN) Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bersama PLANMalaysia kini sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Manjung 2040 (Penggantian). Walaupun kajian ini dijadualkan bermula pada April 2026, kami ingin mendengar "Suara Awal" anda sekarang!Mengapa Pandangan Anda Diperlukan Sekarang? Selaras dengan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], kami ingin mendengar "Pandangan Awal" anda sebelum kajian bermula sepenuhnya pada April 2026. Ini adalah peluang keemasan untuk anda menentukan hala tuju pembangunan daerah kita! Ketahui hak anda. Saksikan video ringkas tentang apa itu Rancangan Tempatan di sini:  Video:  ‘Apa Itu RT’  Kami Ingin Tahu Pandangan Anda Tentang:Isu Kemudahan: Jalan raya, bekalan air, elektrik, dan internet.Kesejahteraan: Peluang kerja, rumah mampu milik, dan keselamatan.Alam Sekitar: Masalah sosial, kebersihan, dan pemeliharaan alam. Klik pautan untuk berkongsi "hasrat dan harapan" anda: Soal Selidik Pandangan Awam Data anda adalah SULIT dan hanya untuk kegunaan kajian ini sahaja.Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:Majlis Perbandaran Daerah Manjung (MPM)Email: perancang@mpm.gov.my | Tel: 05-6898800Pejabat Projek Zon Tengah(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)Email: urp1.ppzt@gmail.com | Tel: 03-80910198 "Bersama Kita Merancang Manjung Masa Hadapan yang Inklusif dan Mampan!"#Manjung2040 #PLANMalaysia #MajlisPerbandaranManjung #PerancanganBandar #SuaraWargaManjung #ManjungMampan...

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RKK EKO PELANCONGAN LESTARI KAMPAR, PERAK

Dec 11, 2025 -PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RKK EKO PELANCONGAN LESTARI KAMPAR, PERAKJabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Unit Rancangan Pembangunan 4 Pejabat Projek Zon Tengah Bersama Majlis Daerah Kampar dan PLANMalaysia Perak sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Eko Pelancongan Lestari Kampar, Perak. Program Publisiti Awal ini  adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].Program Publisiti Awal Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Eko Pelancongan Lestari Kampar, Perak diadakan untuk memaklumkan kepada pihak penduduk setempat dan pihak berkepentingan bahawa Kajian RKK Eko Pelancongan Lestari Kampar, Perak akan disediakan oleh Majlis Daerah Kampar dengan kerjasama PLANMalaysia dan PLANMalaysia Negeri Perak.Program ini turut memastikan semua pihak berkepentingan diberi peluang yang sewajarnya untuk menyampaikan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan berkaitan pembangunan serta aktiviti eko pelancongan di dalam kawasan kajian RKK. Maklum balas tersebut akan membantu memastikan penyediaan RKK menjadi lebih komprehensif, inklusif dan selaras dengan keperluan pihak berkepentingan.Kami mengalu-alukan penyertaan tuan/puan dalam proses perancangan ini dengan mengemukakan pandangan dan maklum balas melalui kaji selidik atas talian yang disediakan. Segala maklumat yang dinyatakan dalam maklum balas soal selidik ini hanyalah untuk kegunaan kajian ini sahaja.Sebarang pertanyaan sila hubungi :Majlis Daerah Kampar (MDKpr)Puan Khumaizah binti Aziz (012-540 6130),Encik Mohd Ashhar Amin bin Alias (019-559 7649) Pejabat Projek Zon Tengah,(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)Puan Amilia binti Muhamad Nor (019-632 2068)Encik Norarief bin Abdullah (011-2781 4438) BILPERKARADOKUMEN1.Roll Up Publisiti AwalMuat Turun2.Kod QR Borang Soal SelidikMuat Turun3.Link Borang Soal Selidik (Awam)Muat Turun4.Link Borang Soal Selidik (Agensi)Muat Turun...

LAPORAN TINJAUAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)

Nov 11, 2025 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMLAPORAN TINJAUAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)Laporan Tinjauan Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) ini merupakan satu laporan penemuan semasa kajian berdasarkan kepada sektor-sektor yang dikaji hasil kombinasi data primer dan sekunder yang diperolehi melalui kajian literatur (ilmiah) mengikut sektoral.Data-data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis bagi mengenalpasti isu dan prospek pembangunan negeri. Hasil daripada analisis yang dijana secara hubungkait antara sektoral bagi mengenal pasti isu, potensi dan prospek pembangunan kawasan kajian.Kepentingan laporan tinjauan:-Mengemukakan penemuan utama berdasarkan analisis telah dijalankan bagi tujuan pengesahan semasa publisiti dan penyertaan awam.Mengemukakan unjuran serta kedapatan dan kesesuaian tanah untuk perancangan pembangunan sehingga tamat tahun perancanganMembolehkan matlamat dan objektif pembangunan negeri ditetapkan.Mengemukakan cadangan konsep dan strategi pembangunan bagi menentukan halatuju pembangunan masa hadapan.Membolehkan pihak awam memeriksa laporan, mengemukakan pandangan berkaitan penemuan, unjuran dan strategi pembangunan yang dicadangkan semasa program publisiti dan penyertaan awam.Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan berlangsung bermula pada 10 November 2025 hingga 9 Disember 2025. Semua pihak dijemput hadir untuk membuat semakan terhadap Laporan Tinjauan Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) di lokasi pameran atau secara dalam talian dengan mengemukakan maklum balasdan cadangan kepada Urus Setia Borang Penyertaan Awam sebelum atau pada 9 Disember 2025. melalui semakan di lokasi pameran tetap dan juga secara dalam talian seperti berikut :Semakan Tetap (Hari Isnin – Jumaat, jam 8.30 pagi – 4.00 petang):Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) Tingkat 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30646 Ipoh, Perak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri PerakLobi Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, PerakPejabat Projek Zon TengahJabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)Aras 4, Blok F5, Kompleks F, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675, PutrajayaSemakan Dalam Talian :Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)Laman Web Rasmi PLANMalaysia PerakSila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk tujuan semakan.BILPERKARAMUAT TURUN1.Laporan Tinjauan RS Negeri Perak 2040 (Kajian Semula)Muat Turun2.Folio Laporan Tinjaun Rsn Perak 2040Muat Turun3.Borang Penyertaan Awam LT RSN Perak 2040Muat Turun4.Pautan Flipbook Ringkasan Laporan Tinjauan RS Negeri Perak 2040 (Kajian Semula)Muat Turun5.Pop-Up StreamerMuat Turun6.Panel Pameran Lt Rsn Perak 2025Muat Turun7.Bunting Hebahan PublsitiMuat Turun8.Borang Penyertaan Awam Secara Atas TalianMuat Turun...

PUBLISITI DRAF RKK ROYAL BELUM, PERAK

Apr 28, 2023 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAFRANCANGAN KAWASAN KHAS TAMAN NEGERI ROYAL BELUM, PERAKSukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], laporan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Taman Negeri Royal Belum, Perak telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 2 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023.Draf RKK Taman Negeri Royal Belum, Perak disediakan mengikut peruntukan di bawah seksyen 16B, Akta 172 yang juga berfungsi sebagai pelan pengurusan pemuliharaan. Kawasan RKK ini meliputi keseluruhan Taman Negeri Royal Belum yang berkeluasan 128,272 hektar dan kawasan zon penampan seluas 259,160 hektar. Taman Negeri Royal Belum diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] pada tahun 2012 dan telah dimasukkan dalam Tentative List pencalonan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2017.Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang akan diadakan selama empat (4) minggu ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap laporan Draf RKK tersebut terutamanya cadangan-cadangan pemeliharaan dan pemuliharaan di Taman Negeri Royal Belum dan kawasan zon penampan.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum atau pada 31 Mei 2023.Berikut adalah tarikh dan lokasi semakan dokumen bagi orang awam:Tarikh : 2 Mei 2023 - 31 Mei 2023Lokasi Semakan :1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (PLANMalaysia@Perak)2. Majlis Daerah Gerik3. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak4. Jeti Awam Hentian Royal Belum Amnjaya, Pulau Banding, Gerik 1.Draf RKK Taman Negeri Royal Belum, Perak2.Ringkasan Eksekutif RKK Taman Negeri Royal Belum3.Borang Bantahan RKK Taman Negeri Royal Belum4.Panel Pameran RKK Taman Negeri Royal Belum5.Panel Saiz A3 RKK Taman Negeri Royal Belum6.Banner RKK Taman Negeri Royal Belum7.Bunting RKK Taman Negeri Royal Belum...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Perak 2030

Nov 12, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Perak 2030 yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan satu dokumen perancangan dan pembangunan guna tanah secara terperinci bagi keseluruhan Kawasan Daerah Hulu Perak sehingga tahun perancangan 2030.Draf RTD Hulu perak 2030 mengandungi :-Jilid I : Strategi Pembangunan – mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Perak dan menterjemahkan semua cadangan pembangunan guna tanah fizikal secara terperinci mengikut halatuju dan strategi pembangunan.Jilid II : Kawalan Perancangan – Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah yang dibenarkan di setiap zon guna tanah di dalam Draf RTD Hulu Perak 2030 mengikut blok perancangan kecil.Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan – mengandungi penilaian kemampanan, senarai cadangan projek, kos dan fasa pembangunan yang menjadi asas kepada agensi-agensi pelaksana dalam membuat permohonan peruntukan pembangunan.Pengenalan Keperluan Penyediaan RTD Hulu Perak 2030 :-RTD Hulu Perak 2002-2015 akan tamat tempoh perancangan pada tahun 2015.Terdapat tekanan pembangunan semasa dan masa hadapan yang bercanggah dengan RTD sedia ada.Keperluan kepada pembangunan untuk menjana ekonomi daerah selaras dengan rangka strategik di peringkat negara, wilayah dan negeri.Memperkukuhkan penyelarasan sempadan kawasan pentadbiran PBT.Ketidakpatuhan sebanyak 8 Kebenaran Merancang (20%) terhadap cadangan gunatanah (zoning).Penyelarasan cadangan zoning guna tanah RTD Hulu Perak 2030 (Penggantian) dengan Pelan Pengurusan Lembah Lenggong atau Conservation Management Plan yang dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RT Daerah Hulu Perak 2030 – Jilid 1Muat-Turun2.Laporan Draf RT Daerah Hulu Perak 2030 – Jilid 2Muat-Turun3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun4.BannerMuat-Turun5.PosterMuat-Turun6.StreamerMuat-Turun7.Borang BantahanMuat-Turun8.Notis AkhbarMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Bagan Datuk 2035

Nov 12, 2022 -Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu peta dan pernyataan bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk pemajuan dan penggunaan tanah dengan menterjemahkan dan memperincikan dasar- dasar strategik Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2040. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Bagan Datuk 2035, dikenali sebagai RTDBD 2035 ini merupakan laporan rancangan pembangunan dan pelan perancangan yang baru bagi Daerah Bagan Datuk. Perak Darul Ridzuan.TEMA PEMBANGUNAN RTDBD 2035DAERAH AGROLANCONG DAN MARITIM WILAYAH PERAK SELATANMATLAMAT PEMBANGUNANMEMBANGUNKAN EKONOMI DAERAH BAGAN DATUK BERASASKANPERIKANAN, AGROMAKANAN DAN INDUSTRI KOMODITIWawasan RTDBD 2035 disokong dan dilengkapkan oleh LIMA Asas Pembangunan:1. PEMBANGUNAN FIZIKAL SEIMBANG DAN CEKAP2. PERTUMBUHAN EKONOMI BERDAYA SAING3. PENINGKATAN KUALITI HIDUP SEJAHTERA4. PENGURUSAN ALAM SEKITAR MAMPAN5. URUS TADBIR BERDAYA LAKSANA Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Jilid 1Muat-Turun2.Laporan Jilid 2Muat-Turun3.Laporan Jilid 3Muat-Turun4.Ringkasan Eksekutif (Malay Version)Muat-Turun5.Ringkasan Eksekutif (English Version)Muat-Turun6.RisalahMuat-Turun7.PosterMuat-Turun8.PanelMuat-Turun9.BannerMuat-Turun10.BuntingMuat-Turun11.AturcaraMuat-Turun12.BackdropMuat-Turun13.Flyer Akhbar MelayuMuat-Turun14.Flyer Akhbar CinaMuat-Turun15.Flyer Akhbar TamilMuat-Turun16.Borang BantahanMuat-Turun...

Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Daerah Muallim dan Sebahagian Daerah Batang Padang 2035

Nov 12, 2022 -RT Daerah Muallim dan Sebahagian Daerah Batang Padang 2035 ini penting bagi memenuhi beberapa keperluan yang meliputi beberapa konteks seperti perundangan, kawalan pembangunan, keperluan setempat, dan impak pembangunan katalis.PerundanganPenyediaan RT ini selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 di bawah Seksyen 12 hingga 16. Kandungan RT termasuk memajukan dan menggunakan tanah, melindungi dan memperelok alam sekitar, memelihara topografi semula jadi, ciri dan rupa bangunan, memperelok landskap dan memperbaiki sistem lalu lintas daninfrastruktur.Migrasi PendudukPembangunan baharu seperti Bandar Mesra Belia dan kawasan tumpuan seperti Proton City serta Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mempengaruhi migrasi penduduk dan pada masa yang sama memberi impak terhadap perancangan fizikal di Kawasan Rancangan Tempatan.Aspirasi DaerahPembangunan di dalam Kawasan Rancangan Tempatan hendaklah selaras dengan aspirasi-aspirasi yang telah dicadangkan seperti pembangunan Bandar Mesra Belia, pusat automotif, pusat tumpuan pelancongan Gerbang Pintu Masuk World of Wonders Perak dan aspirasi Wilayah Perak Selatan bagi menjadikan Kawasan RT ini sebagai hub teknologi Kenderaan Autonomi (CAV) Asia Tenggara.Penggantian RT Sedia AdaRT Batang Padang 2020 yang dijadikan rujukan utama dalam perancangan dan pembangunan tanah Daerah Batang Padang hanya meliputi unjuran penggunaan tanah sehingga tahun 2020, maka wujudnya keperluan penyediaan RT ini dalam memacu pembangunan dan ekonomi tempatan sehingga tahun 2035. Perancangan dan pembangunan Daerah Muallim sebagai Bandar Mesra Belia serta Bandar Automotif perlu mengambil kira limpahan pembangunan serta pengaruh perubahan guna tanah di sebahagian Mukim Bidor dan Sungkai dalam menjayakan visi Gerbang Selatan Perak yang Mampan dan Mesra Belia.Penentuan sempadan Kawasan Rancangan Tempatan ini adalah terdiri daripada Mukim Hulu Bernam Timur, Hulu Bernam Barat, Mukim Slim, sebahagian Mukim Sungkai dan sebahagian Mukim Bidor. Penentuan sempadan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Bil. 3/ 2016. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- Jilid 1BILPERKARADOKUMEN1.BAB 1 : PENGENALANMuat-Turun2.BAB 2 : VISI, TERAS & KONSEP PEMBANGUNANMuat-Turun3.BAB 3 : TERAS 2 EKONOMI BERDAYA SAINGMuat-Turun4.BAB 4 : TERAS 2 BERDAYA HUNIMuat-Turun5.BAB 5 : TERAS 3 KORIDOR MAMPANMuat-Turun6.BAB 6 : TERAS 4 PENGANGKUTAN & INFRASTRUKTUR MAMPANMuat-Turun7.BAB 7 : SENARAI PROJEKMuat-Turun8.JILID 1 LAPORAN PENUHMuat-Turun9.JILID 1 : ISI KANDUNGANMuat-Turun...

Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2040

Nov 12, 2022 -Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (RSN Perak 2040) merupakan dokumen perancangan yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Negeri Perak sehingga tahun 2040. RSN ini disediakan selaras dengan peruntukan Bahagian III, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bertujuan melengkapkan sistem perancangan fizikal dan menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke peringkat Negeri Perak. RSN Perak 2040 mengandungi pernyataan bertulis yang menerangkan dasar-dasar dan cadangan strategik peringkat negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa di Negeri Perak. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.BannerMuat-Turun2.Borang Bantahan AwamMuat-Turun3.Cover HadapanMuat-Turun4.Cover BelakangMuat-Turun5.Draf RS PerakMuat-Turun6.Features ArticleMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030

Nov 12, 2022 -DRT Daerah Perak Tengah 2030 disediakan oleh Majlis Daerah Perak Tengah dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk merancang pembangunan perbandaran serta ekonomi yang progresif berasaskan sumberjaya tempatan dan persekitaran berkualiti. Penyediaan DRT Daerah Perak Tengah 2030 ini berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang memperuntukan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan menyediakan rancangan tempatan untuk kawasan pentadbirannya.Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas 127,946 hektar terdiri dari 12 buah mukim iaitu Belanja, Layang-layang, Bota, Lambor Kanan, Lambor Kiri, Pulau Tiga, Kampung Gajah, Pasir Panjang Hulu, Pasir Salak, Bandar, Kota Setia dan Jaya Baru. Draf ini mengandungi strategi pembangunan dan cadangan penggunaan tanah terperinci mengikut lot dan disokong dengan jadual kelas kegunaan tanah, pelan-pelan dan gambarajah serta Garis Panduan Perancangan Umum dan Khusus untuk rujukan pengawalan perancangan bagi semua pihak berkepentingan.Orang awam boleh membuat semakan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 di tempat yang dinyatakan sepanjang tempoh publisiti diadakan, bermula 22 Disember 2015 hingga 21 Januari 2016. Laporan Penuh Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 boleh disemak di Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan dan Majlis Daerah Perak Tengah. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RT Daerah Perak Tengah 2030-Jilid 1Muat-Turun2.Laporan Draf RT Daerah Perak Tengah 2030-Jilid 2Muat-Turun3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun4.BannerMuat-Turun5.PosterMuat-Turun6.StreamerMuat-Turun7.Borang Bantahan Kepada Majlis Daerah Perak TengahMuat-Turun8.Borang Bantahan Kepada JPBD PerakMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Manjung 2030

Nov 12, 2022 -Ringkasan Eksekutif RancanganTempatan Daerah Manjung 2030 ini mengandungi petikan daripada laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030. Segala penjelasan dan perincian lanjut perlu merujuk kepada Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 tersebut.Draf RT Daerah Manjung 2030 mengandungi:Penyataan Bertulis yang mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Perak dan menterjemahkan semua cadangan pembangunan gunatanah fizikal secara bertulis untuk menjelaskan cadangan-cadangan yang terdapt di dalam Peta Cadangan Gunatanah.Pelan Subjek menunjukkan pelan cadangan pembangunan secara terperinci mengikut sektor-sektor pembangunan tertentu.Pelan Sisipan menunjukkan pelbagai cadangan pembangunan yang terdapat di dalam pelan subjek secara terperinci melalui gambaran, lukisan perspektif,ilustrasi, keluasan,lokasi dan sebagainya.Peta Cadangan Gunatanah yang mengandungi cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot.Jadual Kelas Gunatanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah dan bangunan yang dibenarkan, dibenarkan dengan syarat dan tidak dibenarkan di setiap zon guna tanah yang ditunjukkan di atas Peta Cadangan Kegunaan Tanah. Jadual ini disediakan mengikut Syit Peta Indeks Jabatan Ukur.Objektif Umum Draf RT Daerah Manjung 2030Menjadikan Laporan Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 sebagai dokumen untuk perancangan pembangunan khususnya dalam aspek kebenaran merancang.Menyediakan pelan gunatanah hingga tahun 2030 untuk dijadikan alat kawalan dan memacu pembangunan guna tanah di daerah Manjung.Menyeimbangkan pembangunan dengan sumber-sumber alam semulajadi dan warisan untuk mencapai pembangunan mampan. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.PosterMuat-Turun3.RisalahMuat-Turun4.BuntingMuat-Turun5.Borang BantahanMuat-Turun6.BannerMuat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti